HomeSukanDulu Masa Berjaya Mereka Tak Nak Buat, Bila TMJ Buat, Mereka Marah!

Dulu Masa Berjaya Mereka Tak Nak Buat, Bila TMJ Buat, Mereka Marah!

Untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada JDT atau Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) atas dominasi mereka dalam bola sepak tempatan, adalah sesuatu yang tidak wajar.

Ini kerana ketika kelab itu mula ditubuhkan pada 2013, tidak ramai yang menyangka mereka akan berkembang menjadi kuasa besar seperti hari ini.

“Malah, pada peringkat awal, ada yang mentertawakan mereka kerana turut mengalami kekalahan,” ujar pengendali berpengalaman luas, Raja Isa Raja Akram.

Tegasnya, apa yang membezakan JDT dengan kelab lain adalah kesungguhan bermula dari bawah dengan visi dan misi yang jelas.

“Kejayaan memenangi Piala AFC pada 2015 bukan sekadar trofi, tetapi simbol kepada pelaburan berterusan mereka dalam aspek pembangunan kelab, fasiliti latihan, dan stadium.

“Tetapi kelab lain yang besar yang berjaya dan menguasai Liga M sebelum ini seperti Selangor, Pahang, Kedah, Kelantan, apa yang mereka lakukan? Ketika mereka berjaya, mereka ada peluang untuk lakukan apa yang JDT buat sekarang tetapi mereka tidak lakukannya.

“Sampai sekarang tidak ada stadium sendiri malah padang latihan sendiri pun tidak ada, tetapi kita salahkan JDT dan TMJ apabila mereka berjaya. Kita jangan hanya bercakap pasal duit sahaja kerana kita kena lihat bagaimana kelab itu dibangunkan,” katanya dipetik dari BH Sukan.

Raja Isa yang pernah melatih beberapa kelab utama Indonesia seperti Persipura Jayapura dan PSM Makassar berkata, semua pihak fokus untuk membangunkan kelab dan bukannya mengancam untuk menarik diri kerana tidak mampu bersaing dengan JDT.

“Saya tidak mahu memihak kepada sesiapa tetapi masalah yang dialami oleh kelab seperti kes tunggakan gaji adalah kesilapan pengurusan kelab itu sendiri. Kalau JDT mampu berbelanja RM100 juta sekalipun, kelab lain tak perlu ikut.

“Di negara-negara lain juga mengalami isu tunggakan gaji termasuk di Indonesia. Saya juga pernah lapan bulan gaji tak dibayar oleh kelab dan sekarang juga ada kelab Liga 1 Indonesia yang ada masalah gaji dan mereka tidak menyalahkan kelab juara Persib Bandung atau pengendali liga.

“Pada saya, ini adalah masa terbaik untuk kelab-kelab Liga M melakukan proses transisi. Adalah lebih baik mereka bertanding dengan bajet rendah daripada menarik diri. Guna saja pemain muda, ini saya lihat kelab-kelab masih mengikat semula pemain lama.

Baca Juga: “Cari Jalan Hentikan Saya, Kerana Saya Tidak Akan Berhenti”

“Jika Liga M mati, kesan bukan sahaja kepada pemain tetapi kepada sosio ekonomi yang lain macam penjaja-penjaja kecil, petugas stadium dan ramai lagi.

“Jika kita tutup liga, berapa generasi yang diperlukan untuk kita pulihkan semula liga, adakah ada jaminan untuk liga kita kembali selepas itu?,” katanya yang kini bersama kelab Brunei, Indera Sports Club.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!