HomeSukanKhatul Anuar Terkilan KDNFC Dapat Lesen Kebangsaan

Khatul Anuar Terkilan KDNFC Dapat Lesen Kebangsaan

Bekas penjaga gol Kelantan Darul Naim FC (KDNFC), Khatul Anuar Abd Jalil meluahkan rasa terkilan apabila Malaysian Football League (MFL) menerusi First Instance Body meluluskan Lesen Kebangsaan Penuh kepada kelab itu.

Dia yang baru menyertai Penang FC bagi saingan musim baru, berkata KDNFC masih berdiam diri berhubung tunggakan gaji selama tiga bulan kepada para pemain, selain tidak membuat caruman KWSP dan PERKESO selama satu tahun meskipun pemotongan dibuat.

“Last saya berhubung dengan mereka adalah sebelum Aidilfitri, di mana mereka menyelesaikan bayaran tunggakan elaun bagi bulan Oktober dan November. Bagi bulan Disember dan Januari sudah dibayar, jadi Februari, Mac dan April masih tertunggak.

“Sehingga sekarang tiada siapa daripada pengurusan hubungi untuk berbincang, tiada sebarang update nak buat bayaran berperingkat atau cadangan solusi. Yang saya tahu, mereka diberi masa sehingga 31 Mei untuk selesaikan dan kemuka dokumen tambahan kepada MFL.

“Bayar takde, jumpa dan bincang pun tak ada, tiba-tiba mereka dah kemuka dokumen kepada MFL dan lulus pula tu. Dokumen apa yang dikemukakan, sedangkan tiada sebarang pembayaran dibuat,” ujarnya ketika dihubungi Otai Station.

Terdahulu KDNFC bersama-sama dua lagi kelab iaitu KL City dan PDRM FC diberikan lesen kebangsaan bersyarat diarahkan untuk mengemukakan dokumen kewangan tambahan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2025.

Baca Juga: Pengurusan KDNFC Diminta Tidak Lari Daripada Tanggungjawab

MFL dalam kenyataan pada Khamis mengumumkan tiga kelab itu telah menyerahkan dokumentasi kewangan sepertimana diminta sebelum tarikh akhir, dan diberikan lesen penuh setelah berjaya memenuhi segala keperluan pematuhan yang ditetapkan.

Bagaimanapun pendedahan Khatul Anuar ini, menimbulkan persoalan sejauh manakah telusnya penilaian FIB terhadap dokumen yang dihantar kelab-kelab yang bermasalah ini. Apakah “menilai dengan teliti” sekadar wayang dan omongan kosong?

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!