HomeSukan Che Rashid Kena Kad Merah Sebab Pijak Punggung Fortes

[Video] Che Rashid Kena Kad Merah Sebab Pijak Punggung Fortes

Insiden pemain Negeri Sembilan, Che Rashid Che Halim dilayangkan kad merah ketika menentang Selangor mencuri tumpuan penyokong.

Selangor kembali ke tangga kedua Liga Super, setelah dengan bergayanya membenam Negeri Sembilan 4-0 di Paroi. Pasukan Katsuhito Kinoshi memintas Sabah dengan beza jaringan.

Skuad Hoben Jang Hoben tidak dapat menampilkan aksi serba tidak menjadi, ditambah pula bermain keseluruhan separuh masa kedua dengan 10 pemain setelah Che Rashid Che Halim diperintah keluar padang.

Baca juga: Pengadil Tergolek, Pemain Sabah dan PT Athletic Bergaduh

Insiden kad merah Che Rashid pada minit akhir separuh masa pertama, mencuri tumpuan penyokong di mana pemain itu dihukum pengadil kerana memijak punggung Alvin Fortes yang terjatuh selepas melakukan rembatan.

Kakinya kemudian meleret ke ‘telur’ pemain itu yang segera dikesan oleh pengadil.

Dalam pada itu, pengendali Negeri Sembilan, K.Nanthakumar mengakui kehilangan Che Rashid turut menjadi satu faktor menganggu fokus dan motivasi pasukannya.

“Semua posisi dari pertahanan, tengah dan serangan serba tidak menjadi. Kad merah tersebut menambah kesukaran kepada kita untuk mengimbangi kekuatan Selangor yang menurunkan skuad terbaik,” kata Nanthakumar.

Gol Selangor pada perlawanan itu dijaringkan Alif Haikal, Alvin Fortes, Quentin Cheng dan Jose Orozco, sekaligus mendapat pujian Kinoshi.

“Momentum kemenangan ini perlu diteruskan. Kadangkala kita berdepan perlawanan sukar, tetapi perkara penting adalah percaya pada diri sendiri. Walaupun kita kehilangan beberapa pemain utama, saya mahu lihat seorang pemain yang boleh menonjolkan diri sebagai pemain utama,” ujarnya.

Selangor baru-baru ini tidak dapat meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya ACLE2 meskipun membelasah Cebu FC.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!