HomeSukanFAM Tiada Sebarang Maklumat Tentang Pemain Warisan

FAM Tiada Sebarang Maklumat Tentang Pemain Warisan

Pengambilan pemain warisan untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya, diuruskan mereka yang lebih arif dan bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Demikian tegas Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi yang berkata tanggungjawab itu digalas pengurusan baru Harimau Malaya di bawah teraju Rob Friend.

Baca Juga: Bukan Tangkap Muat, Percaya Kepada Kerja TMJ

Justeru badan induk itu tidak ada sebarang maklumat tentang siapakah pemain yang akan dibawa masuk, berikutan pengumuman oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini bahawa sekurang-kurangnya enam pemain berdarah kacukan telah dikenalpasti dapat memperkuatkan Harimau Malaya.

“FAM serahkan kepada pengurusan baharu Harimau Malaya untuk mencari dan mengambil pemain kacukan untuk menguatkan lagi skuad Harimau Malaya.

“Mereka lebih arif dan mengetahui berdasarkan kepada keperluan pasukan Harimau Malaya. Oleh itu, kita tunggu saja pengumuman oleh pengurusan baharu skuad kebangsaan.

“FAM akan membantu dalam urusan dokumentasi dan beberapa perkara lain. Paling penting adalah memastikan skuad Harimau Malaya mampu meraih kejayaan pada kejohanan akan datang,” katanya dilaporkan Arena Metro.

Tunku Ismail sebelum ini menyatakan pemain warisan yang dikenalpasti tiada seorangpun dari England di mana majoriti bermain di liga utama Eropah, dan datangnya dari Eropah Selatan.

Ini bermakna kelibat beberapa pemain seperti Kobe Chong, Jamie Qureshi dan Richard Chin yang bermain di England boleh dilupakan setidak-tidaknya buat masa ini.

Walaupun masih menjadi teka-teki, ramai pemerhati yakin nama-nama yang dicadangkan Tunku Ismail pastinya bukan calang-calang, termasuklah bekas jurulatih skuad kebangsaan Wan Jamak Wan Hassan.

“Tindakan Tunku Mahkota Ismail membawa masuk enam lagi pemain warisan untuk pasukan negara dilihat untuk kita mendapat keputusan yang cepat. Maknanya, untuk jangka pendek, ini yang terbaik untuk pasukan negara. Baginda sudah tentu sudah membuat penilaian terperinci dan tidak merekeman pemain sekadar tangkap muat,” kata Wan Jamak.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!