HomeSukanGambar bukti 7 pemain layak wakili Malaysia - Exco FAM

Gambar bukti 7 pemain layak wakili Malaysia – Exco FAM

Gambar yang dipercayai bersama nenek dan keluarga di Malaysia yang dimuatnaik pemain warisan, Joao Figueireido, adalah bukti dia layak mewakili negara.

Demikian menurut Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Hisamudin Yahaya.

Terdahulu, Figueireido telah memuatnaik satu gambar tanpa caption di instastory peribadinya, lantas membiarkan penyokong berteka-teki siapa keluarga di dalam gambar tersebut.

Dalam masa sama segelintir penyokong berasa ia seolah memberi gambaran positif mengenai kes pemalsuan dokumen yang sedang dihadapi FAM ketika ini.

“Nak gambar, kita bagi gambar. Ini bukti 7 pemain warisan warisan kita memang layak wakili Malaysia. Gambar pemain-pemain lain akan menyusul,” kata Hisamudin sambil berkongsi gambar Figueireido di laman sosial peribadinya.

Begitupun ramai yang “tepuk dahi” dengan kenyataan Hisamudin itu, dengan menegaskan sekeping gambar random tanpa caption tidak membuktikan apa-apa.

Mereka juga menekankan isu yang didakwa dan sedang disiasat FIFA adalah mengenai pemalsuan dokumen, di mana FAM menyatakan kesemua tujuh pemain warisan mempunyai darah Malaysia menerusi datuk atau nenek mereka yang lahir di Malaysia.

Manakala data rasmi diperoleh FIFA pula menunjukkan sebaliknya, tiada seorang pun berasal dari sini sekaligus timbul kesangsian telah berlaku pemalsuan dokumen.

“Kalau Exco FAM sendiri tak faham apa kesalahan yang FIFA charge, susah laa,” ujar Piang Shankly.

Tak kurang, ada yang memberikan sindiran pedas kepada Hisamudin.

“Takkan la FAM nak bawa gambar ni sebagai bukti tunjuk kat Fifa?? Korang jangan lah taksub sangat. Agak-agaklah sikit, orang nak bukti dokumen kelahiran bukan gambar family.” – Myz Shizuka.

“So gambar ni boleh selesaikan semua kekusutan dan dakwaan? Kiranya pergi ke FIFA, tunjuk gambar terus semua dakwaan ditarik balik? Rasa suspicious pula bila dia cakap, gambar pemain lain akan menyusul. Macam tahu pulak yer. So, that’s why laa kat sidang media Rob Friend terkial-kial nak jawab dan cakap tak boleh dedah apa-apa, adakah sebab gambar bersama keluarga masih dalam suntingan?” – Zul Arash.

“Yang dipertikai pemalsuan dokumen, untuk buktikan atuk atau nenek asal sini. Yang Figueireido up pula gambar tanpa caption, tak cakap pun tu keluarga dia. Manakala exco FAM pula terlebih pandai kata inilah bukti mereka layak wakili negara. Siapa yang bodoh sebenarnya.” – Bob Bullet bukan Mullet.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error:Content is protected !!