HomeSukan"Hanya JDT Nampak Bernafsu, Pasukan Lain Tak Berapa Sangat"

“Hanya JDT Nampak Bernafsu, Pasukan Lain Tak Berapa Sangat”

Musim baru Liga Malaysia akan membuka tirainya pada minggu depan, dan Johor Darul Takzim (JDT) sudahpun disebut-sebut akan mendominasi penuh kancah bolasepak tempatan dengan sekali lagi menyapu bersih kesemua empat trofi.

Pemerhati bolasepak tanah air, Dr Pekan Ramli berkata, beliau melihat hanya JDT yang dilihat bernafsu mahu membina skuad mantap dengan membawa masuk pemain-pemain bintang berprofil tinggi selain membuat persediaan yang cukup solid di luar negara, sekaligus menunjukkan keinginan tinggi mereka untuk memenangi kejuaraan.

“JDT membawa masuk ramai pemain import dan juga pemain warisan baharu seperti Hector Havel, Joao Figueiredo dan sebagainya. Jadi, ini satu gambaran bahawa JDT kali ini lebih bersedia.

“Saya lihat pasukan lain (Selangor, Terengganu, Sabah) banyak pemain biasa dan yang ‘kitar semula’ pun ada, pemain yang pindah sana sini. Jadi dekat sini juga kita dapat gambaran bahawa JDT akan terus menguasai lagi liga.

“Agak sukar termasuk buat DPMM (untuk mencabar kejuaraan) dan masih lagi saya letakkan pilihan kepada JDT. Kalau mereka tak dapat merangkul empat piala, mungkin tiga piala. Namun, mereka boleh sapu bersih empat piala sekali lagi,” kata Pekan dipetik dari laporan BH Sukan.

Malah, Pekan merasakan tidak mustahil dengan skuad kali ini, JDT juga boleh mencipta kejayaan di pentas Asian Champions League Elite (ACLE) dengan mara lebih jauh.

“Saya juga dapat lihat bahawa mereka bukannya mensasarkan Liga M sahaja. Kali ini, tekad JDT lebih tinggi nak membuktikan bahawa mereka tidak mahu hanya dalam kelompok 16 terbaik di ACLE, tapi mereka nak pergi lebih jauh lagi. Sebab itu mereka buat rombakan besar,” ujarnya.

Sebagai rekod, selain Havel dan Figueiredo, antara pemain lain menyertai JDT bagi musim baru adalah Jon Irazabal, Ibrahim Manusi, Antonio Glauder, Jonathan Silva, Nacho Mendez, Jairo da Silva dan Alberto Martin Diaz (Teto).

Baca Juga: Kata-Kata Johan Kamal Buat Tunku Ismail Sentap

Skuad Harimau Selatan akan membuka tirai musim baru Liga Malaysia, dengan menentang Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih, yang juga perlawanan pertama Liga Super.

Dalam saingan Piala FA pula, mereka diundi menentang pasukan Liga A1, Universiti Malaya Damansara United (UMD United) di pusingan 16 terbaik.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!