T.Saravanan dan Sean Selvaraj, dua pemain yang menjanjikan masa depan cerah, kini sudahpun hilang dari radar bolasepak tanah air setelah menyertai Sri Pahang.
Sebelum menyertai Pahang, dua pemain ini rancak mencipta nama. Sean menyerlah bersama Selangor sebelum meneruskan bisa bersama Negeri Sembilan, manakala Saravanan pula adalah hot prospek KL City yang juga tonggak skuad B-23 kebangsaan.
Sean dan Saravanan sebenarnya boleh menjadikan Pahang sebagai batu loncatan untuk pecah masuk ke skuad kebangsaan, tetapi sayang seribu kali sayang, apabila senarai call up diumumkan, hanya nama Sergio Aguero yang sangkut itupun hanya dalam senarai menunggu.
Ketika Pahang mengumumkan senarai pemain bagi musim 2024, mereka dilihat mempunyai barisan pemain lokal paling padu. Strikeforce sahaja sudah cukup bikin pasukan lain gerun.
Namun, sudahnya Fandi Ahmad berterusan mempertaruhkan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal, kering idea sehingga tidak berani memberi peluang kepada pemain lain untuk membantu atau mungkin tidak pandai menggunakan material yang tersedia di depan mata.
Nasib mereka mungkin berbeza jika berada di pasukan lain atau di bawah jurulatih lain.