HomeSukan"Jaga Mulut, Fokus Sahaja Kepada Kerja Awak"

“Jaga Mulut, Fokus Sahaja Kepada Kerja Awak”

Jurulatih skuad bolasepak kebangsaan, Peter Cklamovski dinasihatkan supaya ‘menjaga mulut’ dan hanya fokus kepada kerjanya.

Nasihat itu dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar yang berkata Cklamovski tidak perlu menyibuk komen tentang urusan pentadbiran dan menyerahkan ia kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Prestasi awak di padang ketika ini sangat baik, jadi fokus sahaja kepada perkara itu. Kerja awak memastikan pasukan kebangsaan terus mara ke depan, bukannya ulas isu pentadbiran. Bukan tugas jurulatih untuk kritik FAM, awak berkhidmat dengan mereka.

“FAM sudah menjelaskan ia adalah kesilapan teknikal, dan komen awak sekadar menambah api di dalam bara, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Awak tidak boleh menyalahkan pengurusan (majikan) sendiri. Apa sahaja yang berlaku, biarlah FAM yang uruskan,” ujar Azlan kepada NST Sports.

Tambahnya: “Nasihat saya, jaga mulut dan berhati-hatilah dengan kata-kata.”

Cklamovski pada Isnin memberitahu bahawa kenyataannya mengenai segala situasi tunggang-langgang bolasepak Malaysia ketika ini adalah kesalahan FAM sepenuhnya, telah disalahtafsir.

Sambil menegaskan bahawa dia tiada niat untuk tidak menghormati dan memalukan FAM dengan kenyataan sedemikian, Cklamovski berkata dia cuma mengulangi apa yang disebut badan induk itu dalam kenyataan media mereka.

Baca Juga: “Saya Tak Berniat Bandingkan FAM dan TMJ” – Cklamovski

Malah, dia juga berkata kenyataan bolasepak Malaysia sudah lama mati tanpa Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) bukanlah bermaksud mahu memperlekehkan FAM, sebaliknya hanya mahu menyampaikan mesej betapa besarnya pengaruh TMJ kepada bolasepak Malaysia.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error:Content is protected !!