Bintang JDT, Jese Rodriguez berkongsi pengalaman pahit dilayan dengan buruk oleh presiden kelab, membuatkannya rasa ditipu.
Jika ada pengalaman yang masih tidak dapat dilupakan Jese Rodriguez, ia adalah ketika dia bermain untuk Paris Saint Germain setelah meninggalkan Read Madrid pada 2016.
Bekas penyerang skuad remaja Sepanyol yang kini bersama Johor Darul Takzim itu dalam satu perkongsian di saluran youtube Mowlihawk menyatakan, jika dia dapat mengundur kembali masa, dia akan memilih untuk kekal di Real Madrid pada waktu itu.
Baca juga: Hari Malang Buat Juan Muniz, Terkejut Dilayang Kad Kuning
Malah dia juga tanpa berselindung menyatakan presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi seperti lebih menyukai isterinya berbanding dirinya.
“Jika saya mahu, saya boleh kekal di Real Madrid, tetapi pilihan untuk menyertai PSG muncul. Saya tidak mendapat banyak minit, jadi saya fikir ke Paris untuk lebih banyak masa beraksi dengan Unai Emery adalah jurulatih ketika itu, dan dia yang memanggil saya.
“Saya hampir untuk menyertai skuad Piala Dunia di Brazil tetapi kecederaan menghalang saya. Mereka menambah kontrak saya dan membayar lebih banyak. Memandangkan di Madrid kami dibayar setiap enam bulan, ia sangat lumayan.
Menerima Layanan Buruk
“Saya dilayan dengan sangat buruk disana, dan ia membuatkan saya faham Madrid adalah tempat terbaik di dunia. Saya memulakan kerjaya di PSG dengan melakukan assist dalam perlawanan pertama, namun diketepikan selama dua bulan kerana Apendisitis.
“Apabila musim sejuk tiba, saya diberitahu untuk pergi dan memberitahu Emery saya rasa seperti ditipu. Presiden langsung tidak mahu berjumpa saya. Saya tidak tahu sama ada dia lebih menyukai isteri saya daripada saya.
“Mereka tidak beri penjelasan. Rasa seperti berurusan dengan jutawan yang melayani pemain seperti patung yang boleh dibelanjakan dalam permainan,” katanya.
Sepanjang 4 musim bersama PSG, Jese Rodriguez hanya membuat 18 penampilan. Dia lebih banyak menghabiskan tempoh kontrak secara pinjaman dengan kelab luar Perancis.
Produk Akademi Real Madrid itu bermain dengan Coritiba di Brazil sebelum menyertai JDT pada Oktober lalu.