HomeSukanJika Malaysia Tak Mahu, JDT Sedia Terima Rob Friend

Jika Malaysia Tak Mahu, JDT Sedia Terima Rob Friend

Rob Friend secara rasminya diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif skuad kebangsaan Harimau Malaya pada Selasa.

Meskipun bukan nama popular, beliau membawa bersama pengalaman luas sebagai pemain bolasepak serta ahli perniagaan yang cukup berjaya.

Lantas, pelantikannya disifatkan sebagai keputusan terbaik oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan individu bertanggungjawab mencetus revolusi dan menstrukturkan skuad Harimau Malaya.

“Keputusan terbaik untuk melantik seorang jutawan, berkelayakan tinggi dengan pengetahuan bolasepak yang cukup bagus. Friend mempunyai rangkaian luas dalam dunia bolasepak dan cintakan sukan. Dengan kelayakan ini jika satu hari Malaysia tidak mahukan dia, JDT akan menerimanya dengan tangan terbuka,” ujar Tunku Ismail.

Berita Berkaitan: Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Pelantikan Rob Friend hadir selepas FAM sebelum ini mengumumkan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih baru Harimau Malaya, manakala Nafuzi Zain pula sebagai jurulatih skuad B-23 kebangsaan.

Portfolio Mantap

Bekas pemain kebangsaan Canada itu hadir dengan portfolio hebat menerusi penglibatannya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bolasepak selepas bersara sebagai pemain pada Disember 2014.

Beliau bermula sebagai rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group, sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan hartanah dari 2014 sehingga kini.

Kemudian dari 2017 hingga 2021, beliau menjadi pengasas Toca Football Canada, teknologi latihan khusus bola sepak dan keluar dengan penuh berjaya apabila peningkatan modal syarikat berkenaan mencecah AS$150 juta.

Bermula 2019 hingga sekarang, Rob Friend merupakan rakan kongsi pengurusan di SixFive Sports Fund, badan pelaburan dalam bola sepak profesional dan infrastruktur melalui pemilikan kelab, stadium dan pembangunan kemudahan latihan.

Antara pencapaian terbesar beliau ialah menjadi salah seorang pengasas bersama liga bola sepak profesional Kanada, Canadian Premier League (CPL) dan berjaya meningkatkan nilai liga tersebut dari AS$0 sehingga AS$300 juta dalam tempoh enam tahun.

Rob Friend juga pernah menerajui kepimpinan tertinggi pengurusan dan pentadbiran dua kelab yang beraksi di CPL iaitu sebagai CEO dan pengasas bersama Pacific FC dari 2019 hingga 2022 serta sebagai Presiden dan pengasas bersama Vancouver FC dari 2022 hingga kini.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!