HomeSukanKamarul: "Jangan Marah Jika Saban Tahun Tengok JDT Jer Juara"

Kamarul: “Jangan Marah Jika Saban Tahun Tengok JDT Jer Juara”

Jangan marah seandainya saban tahun, malah sehingga 100 tahun akan datang pun hanya Johor Darul Takzim yang menguasai saingan Liga Malaysia jika pasukan lain tidak menunjukkan kesungguhan untuk menjadi pencabar dan bertanding sekadar menjadi pelengkap jadual.

Itu teguran bekas penolong pengurus Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin Shahar, ketika beliau tampil dalam program podcast apa-apa sahaja Harian Metro baru-baru ini.

Menurut Kamarul, melihat perkembangan persiapan pasukan-pasukan yang bertanding di Liga Super ketika ini yang tidak begitu meriah, tidak mustahil akan terus kekal sebagai raja Liga Malaysia.

“JDT akan terus berada di situ, kekal (di atas). Kalau yang berada dalam rakan kongsi Liga M ini sekadar penyertaan sahaja, maka di situlah takuk dia. Jadi bila kita nak kemeriahan tiap-tiap minggu, kita tengok JDT sajalah.

“Kita tak boleh marah. Saingan yang ada ketika ini tidak akan mampu menyaingi JDT, kalau apa yang berlaku sekarang. Sekarang ni kita tengok meriah sikit dengan persiapan Kelantan. Kita tengok apa yang dia cuba tampilkan dalam perlawanan siri persahabatan dan dengan apa yang mereka usahakan.

“Negeri lain macam mana, apa kita nampak persiapan mereka? Selangor kita nampak sikit tapi pasukan lain?,” katanya.

Selain itu, Kamarul Ariffin juga melihat status yang ada pada pasukan Harimau Selatan sebagai permata buat Liga M sehingga membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Sejak Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih pasukan Harimau Selatan pada 2012, selain juara Liga Super 11 tahun berturut-turut mereka turut merangkul treble Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!