Kelab itu juga dilihat sudah remove apa sahaja gambar atau event yang ada wajah CEO Batu dalam laman sosial mereka.
Kedah Darul Aman FC mengesahkan telah menamatkan kontrak duta rasmi kelab itu, iaitu seorang pempengaruh, Mohd Iqbal, atau lebih dikenali sebagai ‘CEO Batu’, berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad, KDA FC menegaskan pendirian tegas untuk tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang melanggar undang-undang.
“KDA FC telah mengambil maklum berkenaan isu salah seorang duta rasmi KDA FC. Pihak kelab tidak berkompromi dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk salah laku dari segi undang-undang.
“Oleh yang demikian, pihak KDA FC dengan ini telah menamatkan kontrak CEO Batu serta-merta,” kata kenyataan tersebut.
Terdahulu, beberapa tangkap layar perbualan berunsur seksual yang didakwa melibatkan suspek dan individu lain tular di media sosial, termasuk menerusi pendedahan oleh pempengaruh terkenal, Caprice, di akaun Instagram miliknya.
Pempengaruh berusia 22 tahun itu telah menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas seorang wanita membuat laporan polis berhubung dakwaan anak perempuannya yang berusia 14 tahun menerima mesej dan gambar tidak senonoh sejak awal Mei lalu.
Dia kemudiannya memberi penjelasan yang kelakar: “Gambar itu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang. Sebab gambar itu saya dah ambil siap-siap untuk hantar kepada teman wanita saya.
“Tapi kesilapan saya waktu hantar dekat anak kakak (mangsa), saya tak crop. Sebab waktu itu saya tengah kelam-kabut buat videocampsite.”