HomeNostalgiaKekasih Kena Kecam Tak Ada Rupa Model, Declan Rice Bukti Lelaki Sejati

Kekasih Kena Kecam Tak Ada Rupa Model, Declan Rice Bukti Lelaki Sejati

Kekasih Declan Rice teruk kena troll kerana tak ada rupa model dan dianggap tak layak berpasangan dengan pemain bola.

Biasanya pemain-pemain bolasepak akan mempunyai pasangan persis model, persis ratu cantik, dan sentiasa menjadi magnet bagi mata yang memandang.

Tetapi berbeza dengan Declan Rice, pemain tengah terbaik dunia masa kini, kekasihnya Lauren Fryer dilihat ‘biasa-biasa’ ajer dan bertubuh agak berisi lebih-lebih lagi setelah melahirkan anak mereka pada 2022.

Ini mengundang troll ataupun sindiran daripada segelintir netizen yang melabel dia tiada ciri-ciri untuk menjadi pasangan kepada seorang pemain bolasepak dan meminta Declan Rice meninggalkannya dan mencari teman wanita lain yang sesuai dengan statusnya.

Bagaimanapun Declan mempertahankan kekasihnya dengan menyatakan:
“Tiada sebab untuk saya tinggalkan dia, saya mencintai dia sepertimana dia dulu dan sekarang. Dia adalah anugerah terindah dalam hidup saya yang telah bersama saya dalam jatuh bangun karier dan punca kenapa saya boleh berada di tahap pada hari ini. Cinta saya terhadapnya semakin bertambah selepas dia lahirkan anak kami, dan ia takkan mungkin berkurang.”

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!