HomeSukanKelantan Red Warrior Diminta Ikut Prosedur Yang Betul

Kelantan Red Warrior Diminta Ikut Prosedur Yang Betul

Pasukan Kelantan Red Warrior yang baru dilancarkan pada minggu lalu, sepatutnya mengikut flow ataupun cara yang betul untuk bermain di Liga A1 Semi-pro musim depan.

Presiden AAK Ultimate (kelab yang beraksi di Liga A2), Shambri Dukor, mengakui terkejut dengan berita KRW yang baru dilancarkan pada pada 21 Disember lalu telah mengemukakan permohonan menyertai Liga A1 Semi-pro.

Berita Berkaitan: Buat Team Baru, Adakah Sesuai Disebut ‘Kelantan is Back’

Menurutnya, permohonan itu sepatutnya tidak langsung dipertimbangkan pengelola iaitu Amateur Football League (AFL) dengan menjelaskan adalah tidak adil sekiranya KRW meraih slot automatik bermain di Liga A1 sedangkan pasukan lain semuanya bermula dari bawah.

“Agak terkejut kerana AFL punyai organisasi yang perlu bermula daripada peringkat bawah bermula A3, A2 dan baru A1, secara peribadi saya rasa perkara itu tidak wajar dibenarkan.

“Kerana banyak pasukan bermula daripada bawah dan mengimpikan untuk beraksi di Liga A1. Kami bermula daripada bawah dan cuba mencapai keinginan itu dengan cara betul serta mengikut prosedur,” kata dalam laporan Astro Arena.

Sebagai rekod, dua slot untuk bermain di Liga A1 musim depan sudahpun menjadi milik finalis Piala Al-Ikhsan iaitu Guar Syed Alwi (GSA) dan Wan Tendong Stable (WTS) Kelantan.

Shambri menambah, jika ada pasukan yang menarik diri, slot itu sepatutnya diberikan kepada pasukan yang berjaya layak ke separuh akhir atau suku akhir Piala Al-Ikhsan musim ini.

Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi AFL, Raimi Fakri, mengesahkan pihaknya sudah menerima permohonan rasmi daripada KRW untuk menyertai Liga A1 pada 18 Disember lalu.

“Kami juga sudah membalas surat itu, di mana kami memaklumkan kepada mereka bahawa buat ketika ini, AFL tidak akan membuat sebarang keputusan,” kata Raimi.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!