Bintang muda Manchester City, Abdukodir Khusanov menghadiahkan sehelai jersi bertandatangan kepada cucu Tan Sri Annuar Musa.
“Terima kasih Abdukodir Khusanov, Manchester City no.45! Terima kasih untuk jersi yang ditandatangan oleh anda untuk cucu saya Musa, dan ia telah sampai ke ke KL melalui Encik Shamsad Sarikov.
“Saya dan keluarga saya ingin mengucapkan tahniah atas perkahwinan anda yang berlangsung di Tashkent. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan memberkati rumahtangga sehingga ke Jannah. Selamat maju jaya untuk anda dan Manchester City,” ujar Annuar Musa.
Pada bulan Januari lalu, pemain berusia 20 tahun yang beraksi di posisi pertahanan tengah itu mencuri tumpuan apabila menyertai Manchester City dari kelab Perancis Lens.
Perpindahan Khusanov melibatkan yuran bernilai sekitar RM193 juta dan beserta tambahan berdasarkan prestasi, dengan kontrak selama empat setengah tahun.
Ia sekaligus menyaksikan Khusanov mencatat sejarah sebagai pemain Uzbekistan pertama yang beraksi di Liga Perdana Inggeris, menjadikannya simbol kebanggaan buat negaranya.
Baca Juga: Treble 2012, Bukan Sekadar Kebanggaan, Tetapi Fenomena Rakyat Kelantan
Dalam perkembangan lain, Annuar Musa memberi bayangan salah seorang daripada anggota skuad ASEAN All Stars yang menewaskan Manchester United 1-0 akan mencyertai pasukan Kelantan Darul Naim FC.
Lima pemain tempatan terlibat dalam aksi itu baru-baru ini iaitu kapten pasukan Sergio Aguero, Haziq Nadzli, Adib Abdul Ra’op, Declan Lambert dan Azam Azmi Murad.