Pemain lebih suka beri segalanya untuk kelab berbanding negara, itu kekecewaan terbesar Kim Pan-gon.
Bekas jurulatih kebangsaan itu tanpa berselindung memberitahu, sepanjang membimbing skuad negara kegagalan terbesarnya adalah tidak mendapat pemain yang ada sifat patriotik tinggi untuk negara.
Menurutnya Kim Pan gon dalam laporan Astro Arena, pemain lebih cenderung memberikan segalanya untuk kelab, tetapi tidak untuk skuad kebangsaan.
Baca juga: Sepatutnya Arif Aiman Kena Kad Merah, Kata TMJ
“Saya tidak berjaya dalam misi menanam semangat patriotisme dalam kalangan pemain-pemain negara, semangat kenegaraan pemain negara terlalu nipis, mereka tidak meletakkan keutamaan kepada skuad kebangsaan di tempat sepatutnya.
“Bagi saya ini adalah sesuatu yang hilang dan saya rasa tidak berjaya capai, kita perlu fikir kepentingan semangat patriotisme berjuang untuk negara. Saya tidak mahu bercakap banyak kerana mereka pemain profesional, saya hanya mahukan lebih komitmen dalam patriotik dan itu yang saya tekankan, saya rasa kita perlukan lebih perkara itu,” ujarnya.