HomeNostalgiaKisah Sebenar Bidaan £40 Juta + £1 Arsenal Untuk Luis Suarez

Kisah Sebenar Bidaan £40 Juta + £1 Arsenal Untuk Luis Suarez

Kisah sebenar di sebalik bidaan Arsenal untuk Luis Suarez pada 2013 yang dianggap kegagalan transfer paling melucukan dalam sejarah.

Kisah Arsenal membida Luis Suarez dengan nilai £40,000,001 akan sentiasa dikenang sebagai salah satu kisah kegagalan transfer paling melucukan dalam sejarah bolasepak.

Memasuki musim ke-10 selepas menjulang trofi English Premier League (EPL) dengan rekod invincibles, Arsenal mendapati mereka sudah sinonim sebagai pasukan pencabar top four – bukan lagi pencabar kejuaraan.

Ini salah satunya kerana mereka tiada seorang penyerang klinikal selepas kehilangan Robin Van Persie kepada Manchester United. Lantas membuatkan Arsene Wenger rancak memburu penyerang yang terbukti sentuhannya.

Maka, hadirlah offer gila kepada Luis Suarez yang terdesak mahu keluar dari Anfield. Tawaran lebih £1 sahaja untuk mengaktifkan klausa perpindahan £40juta di dalam kontraknya.

Baca juga: “Saya Tidak Pernah Menang Penalti Cara Kotor” – Owen

Bidaan yang membuatkan boss Liverpool John W.Henry bertanya “what do you think they’re smoking at Emirates” (“anda rasa apa yang mereka hisap di Emirates”). Ia sekaligus menjadi bahan ketawa penyokong seluruh dunia.

Begitupun, bekas boss bahagian rundingan perpindahan The Gunners, Dick Law berkata Liverpool sengaja mensensasikan bidaan tersebut dengan niat untuk memalukan Arsenal, sedangkan itu bukan cerita sebenarnya.

Kisah Sebenar Bidaan £40juta + £1

“Saya bekerja dengan Arsenal, saya terlibat dalam urusan tersebut, jadi saya tahu apa cerita sebenar. Tidak perlu dengar dari mulut orang yang hanya mendengar khabar angin.

“Sebelum permulaan musim 2013, kami mendapat tahu Luis Suarez mahu keluar dari Liverpool. Kami mendapat maklumat lengkap mengenai apa terkandung dalam kontraknya bersama Liverpool.

“Berdasarkan perbincangan dalaman di Arsenal, kami membuat kesimpulan klausa di dalam kontraknya tidak membawa apa-apa makna.

“Ia sebenarnya bukan klausa pelepasan pun. Liverpool tidak boleh berbuat apa-apa dan wajib memulakan rundingan apabila nilai minima £40juta diaktifkan. Itu yang tertulis dan kelompongan besar kontrak tersebut.

“Jadi maksudnya, sesiapa sahaja dari pihak Suarez yang bersetuju dengan klausa tersebut sebenarnya kurang bijak kerana tidak ditetapkan klausa pelepasan. Asalkan nilai minima £40juta diaktifkan, siapa sahaja boleh mulakan rundingan.

“Di pihak Arsenal kami tidak tahu jika Liverpool menerima tawaran £40juta atau mereka akan kata “sila offer lebih dari nilai minima untuk mulakan rundingan”. Kami boleh sahaja offer £45juta, tapi kami tahu tiada klausa pelepasan.

“Jadi apabila kami offer £40 juta + £1, ia adalah untuk memulakan rundingan. Bukan itu nilai bidaan akhir Arsenal tawarkan untuk Luis Suarez. Itu hanya untuk aktifkan klausa. Tidak perlu offer sampai £60-70 juta untuk aktifkan klausa sedangkan kita tahu ekstra £1 pun sudah cukup untuk mula berunding.

“Liverpool mahu menjadikannya isu besar dan itu tidak mengapa. Apabila mereka terima tawaran kami, mereka terus menghebahkannya tanpa cerita perkara sebenar,” ujar Dick Law kepada Goal.

Arsenal pada akhirnya gagal untuk memancing Luis Suarez, manakala pemain Uruguay itu pula mengharungi musim terakhir yang cukup luar biasa di Anfield.

Suarez Bina Legasi

Di sebalik memulakan musim 2013/14 dengan penggantungan perlawanan kerana menggigit Branislav Ivanovic, Suarez tampil dengan prestasi peribadi terbaik – menjaringkan 31 gol dan 13 assist.

Dia memacu Liverpool berada dalam landasan tepat untuk menjuarai EPL sulung, sehinggalah insiden Steven Gerrard tergelincir ketika menentang Chelsea yang merubah musim menjadi milik Manchester City.

Suarez meninggalkan Liverpool setelah membina satu legasi dan menyertai Barcelona pada 2014.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!