HomeSukanKRWFC Tidak Janji Bulan Bintang, Bajet Cuma RM3 Juta

KRWFC Tidak Janji Bulan Bintang, Bajet Cuma RM3 Juta

Kelantan Red Warriors (KRW) FC menetapkan bajet sebanyak RM3 juta bagi membentuk skuad baharu yang akan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi-Pro.

Dalam usaha memastikan kelab kekal stabil dari segi kewangan, KRWFC turut mengambil langkah menetapkan gaji siling bagi para pemain, khususnya pemain tempatan.

Presiden KRW FC, Nik Hafiz Naim Nik Hassan memaklumkan bahawa anggaran gaji pemain tempatan ditetapkan di bawah RM10,000 sebulan, sejajar dengan kemampuan dan hala tuju pasukan.

“Kami buat gaji siling dalaman dan kami sudah cakap kepada pemain yang kami mampu sebanyak itu sahaja. Kalau nak, mereka (pemain) ambil dan kalau tak nak, tak mengapa.

“Masalah kelab biasanya belanja lebih, jadi kami ada gaji siling supaya kami berbelanja secara berhemah. Kami boleh katakan (gaji) untuk pemain mungkin bawah RM10,000. Itu tidak termasuk import, import mungkin lain,” katanya.

Nik Hafiz turut menegaskan bahawa KRW FC bukan hanya bersedia dari segi bajet untuk musim ini, tetapi juga sudah memikirkan perancangan jangka panjang dengan usaha berterusan untuk mendapatkan dana dan penajaan.

Baca JUga: Del Piero, Maestro Yang Menyentuh Jiwa Peminat Bolasepak

“Bajet sudah ada, tapi untuk jadi kelab yang benar-benar stabil, dana kena sentiasa ada. Bukan sekadar cukup untuk tahun ini, tapi juga untuk musim depan. Kalau kami berjaya tambah dana, mungkin boleh ambil pemain import yang lebih berkualiti,” ujarnya.

KRW FC juga melancarkan beberapa inisiatif baharu termasuk laman web rasmi kelab, program keahlian 2025/2026 serta program perkongsian yang memberi peluang kepada penaja kecil untuk turut menyumbang.

“Kami ambil inspirasi daripada kelab Jepun. Mereka berjaya walaupun ada penaja kecil — RM5,000, RM10,000 atau RM20,000. Kami pun ikut pendekatan ini supaya lebih ramai boleh menyumbang dan rasa menjadi sebahagian daripada kelab,” katanya lagi.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!