HomeSukanKutip Kad Kuning Lagi, Arne Slot Digantung Perlawanan

Kutip Kad Kuning Lagi, Arne Slot Digantung Perlawanan

Arne Slot menerima kad kuning lebih banyak daripada pemegang rekod disiplin buruk musim lalu, Mikel Arteta.

Pengurus Liverpool Arne Slot nampaknya semakin merasai kehangatan sebenar saingan English Premier League (EPL).

Bukan sahaja melihat pasukannya mencicirkan mata di laman sendiri ketika menentang Fulham, tetapi Slot turut mengutip kad kuning ketiganya musim ini pada perlawanan itu.

Baca juga: Masa Buruk Liverpool Sudah Bermula

Slot dilayangkan kad kuning pada minit ke-57 setelah menunjukkan rasa amarah terhadap keputusan pengadil Tony Harrington yang melayangkan kad kuning kepada Curtis Jones.

Sebelum ini, Slot pernah dilayangkan kad kuning ketika menentang Chelsea dan Arsenal. Ini sekaligus bermakna dia digantung untuk aksi domestik seterusnya, menentang Southampton dalam saingan Carabao Cup.

Apa yang mengejutkan, tiga kad kuning diterima Slot hanya selepas 15 perlawanan liga musim ini, adalah lebih banyak daripada diterima Mikel Arteta, pengurus Arsenal yang dianggap paling tidak berdisiplin di tepi padang.

Arteta pada musim lalu mengumpul lima kad kuning bersama-sama Roberto De Zerbi. Tetapi musim ini masih mengekalkan rekod cemerlang tidak mengutip langsung sebarang kad dalam EPL selepas 16 perlawanan diharungi Arsenal.

Bercakap mengenai kad kuning yang diterimanya serta keputusan perlawanan, Slot berkata:

“Ya, saya boleh dilayangkan kad kuning beberapa kali dalam perlawanan ini. Ia perlawanan yang penuh emosi, kami bermain dengan kurang seorang pemain, mengecewakan.

“Sukar untuk saya membuat penilaian terhadap insiden, saya juga sepertimana pengadil, melihatnya secara real-time. Bukan tengok ulang tayang, jadi kemarahan sudah tentu ada asas. Namun, akhirnya kita perlu menerima apa keputusan VAR.

“Anda tahu betapa penting keputusan ini pada hari ini, kami berakhir dengan seri dan saya tidak rasa kami patut menyalahkan pengadil.”

Statistik Kad Kuning Pengurus EPL

Berdasarkan statistik sehingga 15 Disember, ini adalah statistik kad kuning pengurus EPL.

4 kad kuning :
Andoni Iraola (Bournemouth); Steve Cooper (Leicester)

3 kad kuning :
Fabian Hurzeler (Brighton); Nuno Espirito Santo (Nottingham Forest); Russell Martin (Southampton); Arne Slot (Liverpool)

2 kad kuning: Unai Emery (Aston Villa); Thomas Frank (Brentford); Enzo Maresca (Chelsea); Marco Silva (Fulham); Pep Guardiola (Manchester City); Julen Lopetegui (West Ham); Gary O’Neil (Wolves).

1 kad kuning: Oliver Glasner (Crystal Palace); Sean Dyche (Everton); Eric Ten Hag (Manchester United)

Tiada kad : Mikel Arteta (Arsenal), Kieran McKenna (Ipswich), Ruud van Nistelrooy (Leicester), Ruben Amorim (Manchester United), Eddie Howe (Newcastle) and Ange Postecoglou (Tottenham).

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!