HomeSukanLiga Super : "Tak Perlu Parking Bas Untuk Lawan JDT" - Rizal

Liga Super : “Tak Perlu Parking Bas Untuk Lawan JDT” – Rizal

Mana-mana pasukan pun boleh menyaingi gergasi Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) jika mereka bijak merencana taktikal dan berani untuk bermain ‘open-play’.

Itu pandangan disuarakan bekas tonggak pertahanan Johor, Rizal Sukiman, yang menyatakan perkara itu telah dibuktikan Negeri Sembilan (NSFC) dalam aksi kedua liga baru-baru ini.

Meskipun skuad kendalian Nidzam Jamil itu tewas 3-5, rata-rata penyokong bolasepak tanah air, termasuk Rizal sendiri memuji permainan ditunjukkan NSFC yang berjaya menjaringkan dua gol awal untuk mendahului 2-0.

Malah mereka turut menjadi pasukan Liga Malaysia pertama menjaringkan tiga gol menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, sejak venue itu dirasmikan pada 2020. Justeru Rizal merasakan pasukan lain boleh belajar sesuatu dari NSFC.

“Sebenarnya pasukan lain boleh bersaing dengan JDT dan NSFC membuktikan perkara ini. Jangan parkir bas dan cuba bermain dengan taktikal sendiri. Cuma mungkin ada kekurangan dari segi persiapan kerana mereka gagal mengekalkan intensiti tinggi sehingga tamat perlawanan.

“Berbeza dengan JDT, mereka dapat ‘pergi’ dari awal permainan sehingga tamat perlawanan kerana mereka ada tahap kecergasan yang membolehkan mereka kekal bermain di tahap tinggi. Senang cerita, semua JDT cukup,” kata kepada BH Sukan.

Rizal bagaimanapun menegaskan walaupun JDT bolos tiga gol dalam satu perlawanan adalah sesuatu yang jarang berlaku, itu bukan bermakna pasukan Harimau Selatan kendalian Xisco Munoz berada di dalam krisis.

“Sebagai penyokong Johor, apabila melihat JDT ketinggalan dua gol, saya rasa JDT hanya menunggu masa untuk menjaringkan lebih banyak gol. Jadi kita sememangnya berkeyakinan tinggi bahawa JDT akan bangkit.

“Mungkin kita lihat JDT agak terlalu yakin khususnya daripada dua gol pertama NSFC itu dan seakan memandang rendah NSFC. JDT tidak bermain permainan mereka tetapi mereka bangkit dan hasilnya, mereka mendapat lima gol.

Baca Juga: NSFC Cipta Rekod di SSI Seawal Perlawanan Pertama

“Inilah yang kita dapat lihat di mana apabila barisan pertahanan membuat kesilapan, barisan serangan bantu ‘cover’ mereka dengan menjaringkan gol. Apabila pasukan bolos, mereka perlu kerja keras mendapatkan gol untuk meraih kemenangan,” kata Rizal.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!