HomeNostalgiaLiverpool Bincang Dengan Mbappe Secara Rahsia di Udara

Liverpool Bincang Dengan Mbappe Secara Rahsia di Udara

Kelab gergasi English Premier League (EPL), Liverpool menggunakan taktik luar biasa dalam usaha mereka mendapatkan khidmat bintang Perancis, Kylian Mbappe, pada tahun 2016.

Perkara itu didedahkan oleh bekas pengurus The Reds, Jurgen Klopp, yang memberitahu bahawa kelab itu pernah menerbangkan perwakilan khas ke Perancis demi memikat penyerang terkemuka dunia itu yang ketika itu masih bersama Monaco.

Menurutnya, bagi mengelakkan spekulasi serta isu salah guna saluran perpindahan, perbincangan berprofil tinggi itu dilakukan secara rahsia di udara di dalam sebuah pesawat peribadi mewah.

“Ia adalah perpindahan tidak menjadi paling mahal pernah kami laburkan. Kami terbang dari Blackpool ke Nice. Di Nice, seluruh keluarga Mbappe naik ke pesawat peribadi yang mempunyai lebih kurang lima bilik. Kami benar-benar berbelanja besar (untuk pesawat) dan all-out untuk menjadikan perpindahan itu satu realiti.

“Kami tidak dibenarkan dilihat oleh sesiapa. Jadi, kami terbang berpusing-pusing di udara, berbincang dengan keluarganya dan menikmati hidangan yang menarik. Ia memang hebat … tetapi akhirnya beliau memilih untuk berpindah ke Paris,” katanya.

Mbappe menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan nilai perpindahan mencecah £165 juta (RM980 juta), sekali gus melonjakkan namanya sebagai antara pemain terbaik dunia. Dia kini beraksi bersama Real Madrid.

Meskipun usaha memancing Mbappe pernah gagal, Klopp dilihat tidak menyimpan sebarang dendam. Sebaik perlawanan antara Perancis dan Maghribi berakhir, Mbappe berpelukan dan bersenda bersama Klopp, malah Klopp turut kelihatan melambaikan ciuman mesra ke arah keluarga Mbappe di tempat duduk penonton.

RELATED ARTICLES

Most Popular