Harimau Malaya nampaknya semakin ghairah memperkuatkan pasukan dengan kelibat pemainberdarah campuran. Seorang demi seorang menyertai pasukan yang sedang direvolusikan itu, dengan yang terbaru bakal dibawa masuk adalah Imanol Machuca.
Pemain Velez Sarsfield kelahiran Argentina itu dijangka akan dapat disaksikan kelibatnya apabila Malaysia berdepan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun nanti.
Perkembangan itu didedahkan media berpangkalan di Argentina, Sabado Velez: “Imanol Machuca akan beraksi untuk pasukan kebangsaan Malaysia. Penyerang Velez itu dipanggil bagi Kelayakan Piala Asia. Dia akan berdepan Vietnam pada 10 Jun untuk aksi kedua Kumpulan F. Tahniah Ima!”
Setakat artikel ini ditulis, belum ada pengesahan atau pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) namun foto yang mana Machuca memakai baju dengan logo FAM telahpun tersebar di media sosial.
Baca Juga: “Ingat Senang Ke Nak Cari Warisan Gred A?”
Untuk rekod, FAM baru sahaja memperkenalkan Facundo Garces sebagai rekrut terbaru skuad kebangsaan. Pemain pertahanan berusia 26 tahun itu dianggap sebagai pemain berprofil tinggi memandangkan dia beraksi di La Liga bersama Deportivo Alaves.
Dan sebelum ini, dua lagi pemain warisan telah menyertai kem kebangsaan iaitu Hector Hevel dan Gabriel Palmero.