Bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus secara terbuka menyatakan pandangannya mengapa Liga Malaysia boleh disifatkan sebagai sudah ‘rosak’.
Dengan menjadikan apa yang disaksikan di final Piala Malaysia 2024/25 pada bulan lalu antara JDT dan Sri Pahang sebagai satu contoh, Khalid berkata:
“Aku ingat betul la masa final hari tu benar-benar mat saleh tu (Oscar Aribas) kena tackle…padahal mat saleh tu yang tackel pertahanan (Azrif Nasrulhaq) kot.
“Dan (JDT) dapat penalti, PENGADIL TU MEMANG KELAKAR DOL. Serius la kau tengok VAR tapi masih tak nampak, apa yang kau nampak ni?”
Insiden yang dimaksudkan Khalid adalah di separuh masa kedua, apabila JDT mendapat gol penyamaan menerusi sepakan penalti Bergson da Silva pada minit ke-54.
Pengadil Razlan Joffri Ali menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT selepas mendakwa Azrif melakukan kekasaran ke atas Oscar, namun ulang tayang menunjukkan sebaliknya di mana Oscar mengasari Azrif.
Malahan selepas merujuk kepada VAR sekalipun Razlan tetap dengan keputusan menghadiahkan penalti, dan ia jelas menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong. Malah selepas perlawanan, jurulatih Sri Pahang Fandi Ahmad juga seolah tidak percaya dengan apa yang dilakukan pengadil, dan sekadar menjawab “tentang pengadil, anda boleh nilai sendiri”.
Tambah Khalid lagi: “.. apa apa pun Pahang malam tu korang memang champion.. (JDT) menang kerana pengadil …aduhhh please FAM ni punca rosak segalanya… Aku rasa korang paham kot maksud aku..PUNCA NAK BOIKOT BAGAI.

“Korang sebagai peminat teruskan datang stadium menyokong pasukan anda..pasal pengadil biar la dia dgn ALLAH SWT.”
Sebelum ini, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail, memberi reaksi sinis terhadap cadangan sesetengah pihak yang mahu memboikot Liga Super musim depan.
Baca Juga: “Bukan Isu Boikot Atau Hasut Team Lain, Ini Soal Survival”
Cadangan tersebut dipercayai berkait rapat dengan isu-isu semasa yang melanda Liga-M, termasuk kritikan bahawa kualiti saingan semakin menurun dan liga menjadi tidak kompetitif.
Selain itu, isu lama seperti tunggakan gaji masih membelenggu beberapa pasukan, sekaligus mencetuskan kebimbangan mengenai masa depan liga serta keupayaan pasukan untuk terus beroperasi secara mampan.