HomeSukan"Mereka Berlatih Bersungguh-Sungguh, Itu Yang Saya Mahu"

“Mereka Berlatih Bersungguh-Sungguh, Itu Yang Saya Mahu”

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski memberi jawapan kepada beberapa persoalan hangat yang sedang bermain di dalam fikiran penyokong, setelah senarai nama 38 pemain untuk aksi menentang Cape Verde dan Vietnam diumumkan.

Sepertimana pengendali sebelum ini, Cklamovski tidak terlepas daripada membuat penyenaraian yang pelik. Antaranya menyenaraikan kuda tua Junior Eldstal yang tiada minit permainan, selain Hong Wan yang tidak beraksi lebih tujuh bulan kerana kecederaan.

Baca Juga: Cklamovski Sahkan Jose Baxter Sertai Harimau Malaya

Dia turut menyenaraikan beberapa wajah baru antaranya Alif Ahmad, Shafizan Arshad (JDT II) serta Haykal Danish dan Aiman Hakimi Othman dari Selangor II namun penyokong turut tertanya-tanya kenapa tiada seorangpun pemain dari pasukan Sri Pahang tersenarai.

Sri Pahang yang mara ke pentas final Piala Malaysia mempunyai beberapa pemain yang menunjukkan prestasi mengagumkan sepanjang musim ini termasuklah Adam Nor Azlin dan Ibrahim Manusi.

Bagaimanapun, Cklamovski ada sebab yang kukuh sebagai justifikasi kepada nama-nama yang beliau senaraikan.

“Saya menerima soalan yang sama (mengenai pemain kurang minit permainan) ketika kem latihan pertama dahulu. Mohamadou Sumareh datang ke kem dan menunjukkan prestasi yang amat baik, namun kali ini dia tidak tersenarai.

“Hong Wan sudah menjalani latihan beberapa minggu sebelum musim berakhir bersama JDT. Dia berlatih dengan baik dan bersedia sepenuhnya. Saya melihat sesi latihannya.

“Junior (Eldstal) pula berlatih bersungguh-sungguh setiap hari. Saya lihat sesi latihan di JDT dan juga kelab lain. Tahap intensiti dan semangat yang ditunjukkan sangat bagus dan itulah yang saya mahukan.

“Mereka (pemain Sri Pahang) bermain dengan baik dan saya menghormati usaha serta prestasi mereka sepanjang tahun ini. Mereka menunjukkan prestasi yang baik dan bersaing untuk merebut tempat,” kata Cklamovski ketika sidang media di Wisma FAM.

Senarai nama 38 pemain yang disenaraikan Cklamovski (dibahagikan kepada tiga fasa):

Malaysia akan menentang Cape Verde dalam dua perlawanan persahabatan pada 29 Mei (Stadium Cheras) dan 3 Jun (Stadium Nasional Bukit Jalil); sebelum turun menentang Vietnam pada 10 Jun dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!