HomeSukanMPFL: JDT pertahan kejuaraan setelah tewaskan Sabah

MPFL: JDT pertahan kejuaraan setelah tewaskan Sabah

JDT sah bergelar juara Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2025, setelah membenam Sabah di Dewan Sri Putatan, Kota Kinabalu.

Sebelum perlawanan, skuad Juan Antonio Miguel Garcia hanya memerlukan satu mata sahaja dari dua aksi terakhir untuk bergelar juara buat kali kedua berturut-turut.

Namun, satu gol masing-masing oleh Bruno Taffy, Firdaus Ambiah, Awalluddin Md Nawi dan Danial Dain membantu JDT bangkit daripada ketinggalan dan mencatat kemenangan 4-1 seterusnya melebarkan rekod sempurna Harimau Selatan menang kesemua 13 perlawanan yang telah diharungi.

Mereka akan berdepan Selangor dalam aksi terakhir liga pada 12 Julai nanti di Stadium Tertutup Pasir Gudang, dan menjulang trofi di hadapan penyokong sendiri.

Dalam pada itu, Selangor pula sah mengakhiri musim di tangga kedua, setelah berpesta gol membenam Pahang Rangers di Shah Alam.

Skuad kendalian Edgar Baldasso mencatat kemenangan 7-2 dengan Khairul Effendy Bahrin meledak hatrik, manakala Syahir Iqbal Khan menyumbang dua gol, dan dua lagi gol dijaringkan Evandro Borges serta Saiful Nizam Md Ali.

Ia menyaksikan Selangor dan Pahang Rangers juga mengulangi pencapaian musim lalu, masing-masing sebagai naib juara dan tempat ketiga.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!