Pemain tengah Johor Darul Takzim, Natxo Insa terpaksa digugurkan daripada skuad kebangsaan yang dalam persiapan untuk menentang Laos dan India dalam aksi antarabangsa bulan ini.
Natxo Insa tidak hadir melapor diri di kem latihan skuad kebangsaan yang bermula pada Ahad, setelah disahkan mengalami kecederaan ketika menentang Ulsan Hyundai dalam saingan Asia Champions League Elite, 5 November lalu.
Ramai yang kecewa dengan perkembangan terbaru ini, apatah lagi pemain berdarah kacukan Malaysia-Sepanyol itu sedang berada pada prestasi terbaiknya baik di peringkat domestik mahupun Asia.
Baca juga: Gol Emas, Peraturan Siapa Skor Dulu Dia Menang!
Pau Marti Vicente, jurulatih Harimau Malaya telah memanggil pemain KL City, Zhafri Yahya untuk menggantikan tempatnya.
Ironinya, ini bukan kali pertama Natxo Insa yang berusia 38 tahun dilepaskan, digugurkan atau tidak hadir melapor diri di kem kebangsaan.
Sejak layak untuk mewakili Harimau Malaya pada 2017, beliau telah disenaraikan ketua jurulatih skuad kebangsaan sebanyak lima kali sahaja, dan daripada jumlah tersebut hanya tiga kali melapor diri.
Sejarah lengkap call-up Natxo Insa:
- Jurulatih pertama menyenaraikan nama Natxo Insa dalam skuad Harimau Malaya adalah Tan Cheng Hoe, ketika mempersiapkan skuad untuk aksi persahabatan menentang Mongolia dan perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan.
Natxo menyahut panggilan pertama ini, dan membuat debut bersama Harimau Malaya ketika seri 2-2 menentang Mongolia pada 22 March 2018. Penampilan pertamanya ini agak mengecewakan lantas menerima kecaman penyokong manakala Cheng Hoe juga dikritik kerana menurunkan terlalu ramai pemain JDT di dalam kesebelasan utama.
Secara tiba-tiba selepas perlawanan itu, Natxo bersama kesemua 14 pemain JDT dilepaskan Tan Cheng Hoe atas alasan mengi kut kehendak penyokong yang mengecam pemilihan pemain JDT sekaligus bermakna tiada kelibat mereka dalam aksi seterusnya menentang Lubnan.
Selepas itu untuk tempoh 4 tahun, nama Natxo tidak pernah sekalipun disenaraikan semula oleh Tan Cheng Hoe mahupun Kim Pan-gon. - Nama Natxo kembali berada dalam senarai call-up apabila Kim Pan-gon menyenaraikan senarai awal 41 pemain untuk Kejohanan Piala AFF 2022 pada Disember tahun tersebut.Â
Tetapi malangnya daripada 41 pemain itu, 12 daripada mereka termasuklah Natxo Insa, Mohamadou Sumareh, Nazmi Faiz, Arif Aiman dan Corbin Ong membuat keputusan menarik diri dan tidak melapor diri atas pelbagai alasan seperti komitmen peribadi, urusan keluarga dan juga kecederaan.
Kim Pan gon dalam satu kenyataan berkata, itu adalah kali pertama dalam karier kejurulatihannya terlalu ramai pemain utama menolak mewakili skuad kebangsaan. - Enam bulan kemudian, Kim Pan-gon sekali lagi menyenaraikan Natxo Insa, sebagai persiapan untuk menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea pada bulan Jun 2023.
Awalnya Natxo hadir melapor diri, tetapi dia kemudian terpaksa dilepaskan hanya beberapa hari menjalani latihan kerana kecederaan harmstring dan tidak beraksi dalam kedua-dua perlawanan. - Seterusnya, panggilan keempat buat Natxo Insa adalah pada hujung tahun 2023, untuk persiapan Piala Asia 2023 pada bulan Januari. Tanpa sebarang masalah, Natxo lolos dalam skuad akhir ke Doha. Dia tidak berada dalam team list untuk aksi menentang Jordan dan Korea Selatan, tetapi membuat penampilan sebagai pemain gantian ketika menentang Bahrain namun sekali lagi menerima kecaman penyokong.
 - Selepas disisihkan hampir 10 bulan, Natxo kembali disenaraikan dalam call up terbaru oleh Pau Marti, namun jelas kecederaan mencemburui penampilannya.Â

Rumusan Natxo Bersama Harimau Malaya
Call-up : 5 kali
Tarik diri/digugurkan : 3 kali
Penampilan sulung: Malaysia vs Mongolia (22 March 2018)
Jumlah game Malaysia sejak debut Natxo Insa: 76 perlawanan
Jumlah keseluruhan kap Natxo sejak 2018 : 2 penampilan