HomeSukan"Peningkatan Harimau Malaya Bukti FAM Bukan Sembang Kosong"

“Peningkatan Harimau Malaya Bukti FAM Bukan Sembang Kosong”

Peningkatan ditunjukkan Harimau Malaya memberi indikasi bahawa sasaran diletakkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melihat skuad kebangsaan memecah masuk ke kelompok 100 terbaik dunia menjelang 2030, berada dalam landasan tepat.

Bekas Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang kini merupakan Presiden Kehormat badan induk itu berkata ini juga membuktikan bahawa FAM bukan sekadar sembang kosong tetapi sentiasa berusaha untuk memastikan sasaran tersebut dapat direalisasikan.

“Jika semua pihak berganding bahu dan memberikan sokongan, saya percaya tidak mustahil untuk kita berada dalam kelompok 100 terbaik dunia dalam dua atau tiga tahun lagi. Namun, usaha itu perlu konsisten kerana negara-negara lain juga sedang giat memperkukuhkan pasukan masing-masing.

“Perancangan berterusan sangat penting untuk memastikan Harimau Malaya dapat meneruskan momentum dan kekal kompetitif di peringkat antarabangsa,” kata Hamidin.

Sebagai rekod, skuad bimbingan Peter Cklamovksi meraih kedudukan terbaik dalam tempoh 19 tahun apabila melonjak enam anak tangga dalam ranking FIFA untuk menghuni kedudukan ke-125 dunia, menerusi kemaskini terbaru dikeluarkan baru-baru ini.

Ini dibantu oleh kemenangan besar 4-0 ke atas Vietnam dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun yang lalu.

Tambah Hamidin lagi: “Saya kira semua peminat sudah faham mengenai revolusi baharu ini. Apa yang penting, kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus menyokong pasukan kebangsaan agar kejayaan lebih besar dapat dicapai.

“Kita semua mengimpikan pencapaian lebih cemerlang berbanding sekarang. Jadi, kita tidak boleh selesa dan mesti terus berubah dan mencari formula lebih baik untuk meningkatkan prestasi pasukan. Kalau tidak, kita akan kembali merosot.”

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!