Penyokong Perak FC merasa dipermainkan malah hak mereka dirompak setelah mengetahui perlawanan tertunda menentang JDT akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim.
Perlawanan itu sepatutnya berlangsung di Stadium Ipoh namun dua kali ditunda kerana cuaca buruk. Ia dijadual semula untuk dilangsungkan di Stadium Manjung pada 10 November namun MFL mengesahkan ia telah dipinda ke SSI dengan Perak kekal sebagai tuan rumah.
Apa yang kelakar, ianya Perak FC sendiri yang menamakan SSI sebagai venue alternatif atas permintaan MFL yang bimbang akan risiko keselamatan dan mengelakkan sebarang insiden tidak diingini bagi perlawanan berprofil tinggi itu.
Baca juga : Rossi janji siasat dakwaan ejen terhadap KDN FC
Namun, jelas ia keputusan yang tidak disambut baik penyokong Perak FC. Berikut antara komen-komen penyokong yang melepaskan geram terhadap pengurusan pasukan dan juga MFL.
- “Beli tiket untuk tengok game home, alih-alih home ditukar ke Johor. Lupakan sahajalah.”
- “Dua kali ditunda, tapi still excited tunggu game. Tapi dah tau main kat SSI hilang terus excitement. Tenaga dan pengorbanan tak boleh diganti dengan perkataan ‘minta maaf’. Langsung tak hargai penyokong, boikot jer semua game lepas ni.”
- “Tukar dari Ipoh ke Manjung takpe lagi, sejam perjalanan dan still dalam Perak. Sekarang kena travel ke SSI pulak, dia ingat Perak-Johor berjiran agaknya.
Dah tu kenapa tak pilih stadium lain, stadium berkecuali, kenapa nak kena bagi kelebihan kepada JDT? Kenapa bukan main di Cheras, Paroi, PJ, Selayang atau Melaka?” - “So penyokong nak tengok game home kena travel lebih 7 jam pergi 7 jam balik. Syabas, macam mana management boleh fikirkan alternatif kurang bijak macam ni?”
- “Terengganu, Sabah elok jer datang main takde pun isu takut perlawanan ditangguhkan, takut risiko keselamatan bagai. Kena time JDT, siap MFL sendiri minta cadangkan alternatif.
Apa kata MFL cadangkan kepada semua pasukan supaya SSI menjadi gelanggang berpusat Liga Super. Biar semua game lepas ni main kat situ jer, KBS pun boleh berjimat, tak perlu susah-susah keluarkan duit geran tukar padang.” - “Risau isu keselamatan sebab perlawanan berprofil tinggi? Itu satu penghinaan kepada penyokong Perak, kepada pasukan keselamatan dan pengurusan Stadium Manjung yang sentiasa memastikan stadium dalam keadaan terbaik dan tak pernah ada masalah. Pengurusan sepatutnya mempertahankan hak penyokong sendiri, bukan menjadi bacul, ikut telunjuk macam tak ada maruah.”