HomeSukanRule Baru BWF: Angkat Tangan Dianggap Delay

Rule Baru BWF: Angkat Tangan Dianggap Delay

Tatkala peminat badminton seluruh dunia sedang meminta Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menilai semula peraturan ‘tiada rawatan untuk kecederaan’ yang dianggap tidak masuk akal, badan induk itu tampil dengan satu lagi peraturan kontroversi baru.

Anda biasa melihat seseorang pemain angkat tangan sebagai menunjukkan tanda belum bersedia untuk membuat atau menerima servis? Kini tindakan itu dianggap sebagai melengahkan permainan.

Menerusi peraturan baru yang dikemaskini BWF, menyatakan apabila seseorang pemain itu berdiri di dalam court, itu maknanya mereka sudahpun dalam keadaan bersedia.

“Apabila pemain berada dalam kedudukan untuk membuat dan menerima servis, sebarang delay berlebihan adalah delay yang tidak wajar, sama ada pemain mengangkat tangan menandakan mereka tidak bersedia, berdiri dalam kedudukan bersedia untuk membuat servis dan tidak melakukan apa-apa, atau gerakan ke kiri-kanan.

“Berdiri tanpa melakukan apa-apa atau gerakan ke kiri-kanan bukanlah persediaan; persediaan telah pun berlaku sebelum pemain berdiri untuk melakukan atau menerima servis.

“Pengadil boleh memberi amaran kepada pemegang atau penerima servis untuk jenis kelewatan yang tidak wajar ini dalam kejohanan mendatang, dengan menggunakan budi bicara terbaik mereka,” menurut kenyataan BWF.

Sebelum ini, ketika berlangsungnya World Tour Final BWF 2024 pada minggu lalu, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan peraturan tiada rawatan perubatan sekiranya mengalami kecederaan, selain peraturan ‘pelik’ yang menyebabkan jaguh perseorangan Lee Zii Jia tersingkir.

Zii Jia yang menang dua perlawanan pertama, mengalami kecederaan buku lali ketika set kedua perlawanan ketiga namun tidak mendapat rawatan menyebabkannya menarik diri.

Begitupun berdasarkan peraturan BWF yang pelik, dia bukan sahaja diisytihar kalah perlawanan itu tetapi turut dibatalkan penyertaan dengan dua kemenangannya tidak dikira.

Manakala dalam aksi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sudahpun mengesahkan tempat ke separuh akhir namun tersingkir gara-gara beregu China nenarik diri.

Foto: Tangkap Layar Official BWF

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!