HomeSukan"Semua Pemain Kecuali Pemain Sabah Pergi Ke Bangkok" - FAM

“Semua Pemain Kecuali Pemain Sabah Pergi Ke Bangkok” – FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan empat pemain Sabah dipanggil pulang untuk aksi suku akhir Piala Malaysia.

Skuad bolasepak negara, akan kehilangan khidmat empat pemain Sabah FC untuk aksi getir Piala ASEAN menentang Thailand pada Sabtu.

Ini berikutan Daniel Ting, Darren Lok, Stuart Wilkin dan Dominic Tan kesemuanya telah dipanggil pulang bagi memperkuatkan cabaran Sabah untuk aksi suku akhir Piala Malaysia pada Ahad ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

“Empat pemain dari Sabah tidak bersama pasukan, pemain lain termasuk dari Selangor semua pergi ke Bangkok. Pemain Penang, Syamer (Kutty) dan Adib (Ra’op) pun ada,” kata Noor Azman.

Mengulas lanjut tindakan kelab memanggil pulang pemain sekerat jalan, dan tindakan FAM membiarkan keluar-masuk pemain ke kem kebangsaan ketika pertandingan sedang berlangsung yang dilihat sebagai norma baharu, ini penjelasan Noor Azman.

“Kita memahami situasi dihadapi kelab. Kelab bantu kita dan kita pun kena bantu kelab juga,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran jam tangan edisi terhad kedua CAT X Harimau Malaya di wisma FAM.

Vicente Akui Susah Nak Fokus

Sebelum ini, Penang FC memanggil pulang dua pemain mereka Syamer Kutty Abba dan Adib Ra’op untuk beraksi di Piala Cabaran, selepas aksi pertama Piala ASEAN Malaysia menentang Kemboja.

Berita Berkaitan: Syamer, Adib Dipanggil Pulang Hadapi Piala Cabaran

Kedua-dua pemain kembali melapor diri di kem kebangsaan tetapi tidak diturunkan Pau Marti Vicente ketika Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Timor Leste 3-2.

Selain empat pemain Sabah itu, Vicente turut dijangka kehilangan khidmat Syafiq Ahmad dan Fergus Tierney kerana kecederaan.

“Sukar untuk pemain hendak fokus kepada kejohanan bersama Harimau Malaya ketika kelab memanggil mereka pulang atau melaporkan diri lewat.

“Ia amat sukar untuk pemain, tetapi mereka tetap lakukan terbaik dalam keadaan sebegini. Kami perlu berdepan realiti dan masih berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Bukanlah situasi yang bagus (masalah kecederaan dan kelab panggil pemain pulang), namun siapa pun yang ke Thailand sudah tentu akan memberikan yang terbaik,” kata Vicente.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!