HomeSukanSyamer Kutty, Adib Dipanggil Pulang Hadapi Piala Cabaran

Syamer Kutty, Adib Dipanggil Pulang Hadapi Piala Cabaran

Dua pemain tonggak skuad negara, Syamer Kutty Abba dan Adib Raop telah dipanggil pulang oleh Penang FC.

Kedua-dua pemain disenaraikan kelab mereka dalam kesebelasan utama untuk aksi suku akhir Piala Cabaran menentang PT Athletic di Stadium Bandaraya pada malam ini, Selasa (10 Disember).

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, kedua-dua pemain bagaimanapun bukan dipanggil pulang terus, tetapi akan kembali menyertai pasukan negara selepas perlawanan, bagi membantu pula cabaran skuad negara di Piala ASEAN Mitsubishi Electric.

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang Timor Leste pada Rabu (11 Disember). Apa yang menjadi persoalan ketika ini adalah dapatkah Syamer dan Adib mengatasi kepenatan untuk beraksi dua perlawanan dalam dua hari.

Bagaimana perkara di luar norma ini boleh dibenarkan berlaku oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tidak pernah dibuat sebelum ini. Pemain dibenarkan keluar masuk ketika pertandingan sedang berlangsung.

Marti Hanya Mahu Menang, Tak Kisah Berapa Gol

Dalam pada itu, Pau Marti menyasarkan kemenangan tidak mengira jumlah jaringan apabila turun berdepan Timor Leste. Malaysia pada aksi pertama seri menentang Kemboja 2-2 manakala Timor Leste pula dibelasah 10-0 oleh Thailand.

“Saya pasti mereka (Timor Leste) tidak akan memberikan laluan mudah kepada kami untuk menjaringkan gol namun kami sudah bersiap sedia.

“Selain itu, kita juga tidak meletakkan berapa banyak gol yang mahu jaringkan sebaliknya hanya mahu kekal fokus dan memberi aksi terbaik,” kata Marti kepada pemberita.

Baca juga: Tim Cahill Boleh Pancing Ange Postecoglou ke Harimau Malaya

Manakala pengendali Timor Leste Simon Elissetche pula berkeyakinan pasukannya boleh mencuri mata di Bukit Jalil.

“Sudah tentu kita mahukan kemenangan apabila bermain bola sepak. Tetapi kalau kami mendapat keputusan seri (menentang Malaysia), ini juga adalah satu keputusan yang baik buat kami.

“Kami harap kami dapat berikan perlawanan yang lebih baik (berbanding menentang Thailand) apabila berdepan Malaysia nanti. Jika kami kalah sekalipun, setidak-tidaknya kami sudah memberikan perlawanan yang lebih baik.

“Kami mahu terus berkembang dan kalau kami mendapat satu mata dalam pertandingan ini, ini adalah satu keputusan yang terbaik dan akan membantu kami untuk menjadi bertambah baik pada masa akan datang,” kata Simon.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!