HomeSukan"Tengok Sahaja Apa Yang Saya Nak Buat Sekarang" - TMJ

“Tengok Sahaja Apa Yang Saya Nak Buat Sekarang” – TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) telah lama membuktikan beliau seorang yang mempunyai visi dan objektif yang jelas dalam apa yang dilakukan.

Semua tahu bagaimana beliau memacu JDT menempa pelbagai kejayaan membanggakan dan keghairahannya tidak pudar, tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti dari terus mengorak langkah.

Berdasarkan hint terbaru yang diberi, nampaknya beliau menyasarkan sesuatu yang lebih besar untuk digapai. Apa pula kejutan ataupun perkhabaran yang menanti penyokong bolasepak tanah air?

“Semua yang saya katakan pada 11 tahun lalu telah saya capai. Dua tahun lalu saya kata saya mahu meningkatkan aras sukan ini, saya telah lakukannya di dalam mahupun luar padang. Tengok sahaja apa yang saya mahu lakukan sekarang. Bolasepak hanyalah perantara, ianya lebih daripada itu,” tulis Tunku Ismail.

Di JDT, beliau merubah pasukan itu menjadi raja bolasepak domestik dan kuasa besar bolasepak Asia Tenggara. Kejayaan demi kejayaan datang mencurah bukan sahaja untuk skuad senior JDT, tetapi di setiap peringkat umur termasuklah akademi mereka.

Pelbagai pengiktirafan diraih JDT, ataupun TMJ sendiri secara peribadi menjadikannya sebagai tokoh bolasepak yang cukup disegani dan dikagumi, selain sering menjadi rujukan orang-orang kuat bolasepak.

Manakala di skuad kebangsaan, TMJ menjadi pencetus kepada Revolusi Harimau Malaya, dan menerusi usaha beliau, FAM baru sahaja mengumumkan Peter Cklamovski sebagai ketua jurulatih baru skuad kebangsaan.

Manakala Nafuzi Zain pula dilantik sebagai jurulatih skuad B-23 kebangsaan.

Pelbagai lagi pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat termasuklah mengenai individu-individu lain yang akan berada dalam struktur organisasi Harimau Malaya.

Beliau juga sedang bekerjasama dengan FIFA dalam mendapatkan data pemain warisan di luar negara.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!