HomeSukanTonggak JDT, Feroz Ucap Selamat Tinggal Lebih Awal

Tonggak JDT, Feroz Ucap Selamat Tinggal Lebih Awal

Tonggak pertahanan JDT, Feroz Baharudin terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Ini berikutan pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL), disahkan sendiri olehnya sepertimana dilaporkan Stadium Astro.

Ini bermakna dia perlu melalui proses pemulihan panjang dan dijangka terlepas lebih separuh daripada tahun 2025, hanya akan kembali pada sekitar bulan Julai atau Ogos.

“Terima kasih 2024/2025,” tulis Feroz di laman sosialnya.

Feroz merupakan antara watak penting skuad Hector Bidoglio sepanjang 2024 lalu, telah beraksi lebih 20 kali dalam semua pertandingan. Prestasi cemerlang pemain ini juga menyaksikannya dapat memecah masuk ke dalam skuad kebangsaan.

Meskipun kehilangan pemain tonggak, JDT mempunyai banyak pilihan di pertahanan dan sudah tentu ketiadaan Feroz dapat membuka kembali peluang buat pemain seperti Shahrul Saad untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama.

Ironinya, dia bukan pemain pertama JDT untuk mengalami kecederaan pada saingan musim ini. Sebelum ini skuad Harimau Selatan telah kehilangan khidmat pemain bek sayap, Syahmi Safari juga kerana kecederaan ACL.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!