HomeSukan"Revolusi Harimau Malaya Bukan Scam, Sila Bersabar"

“Revolusi Harimau Malaya Bukan Scam, Sila Bersabar”

Penantian penuh keterujaan penyokong bolasepak tanah air untuk mengetahui ‘revolusi Harimau Malaya’ yang dikatakan akan berlaku pada 15 Disember berakhir tanpa mendapat sebarang jawapan.

Sebelum ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuatnaik satu posting dengan menulis tarikh 15 Disember 2024 – memberi bayangan sesuatu yang besar akan diumumkan pada tarikh ini terutamanya membabitkan penstrukturan semula organisasi bolasepak skuad kebangsaan.

Baca juga: Lagi Orang Benci, Lagi Banyak Kejayaan Allah Bagi

Justeru sepanjang tempoh menuju ke tarikh keramat ini, pelbagai spekulasi telah bermain di mainstream media mahupun media sosial – berhubung peranan Tim Cahill yang pernah mengadakan pertemuan dengan TMJ, peranan individu lain dalam carta organisasi, calon jurulatih kebangsaan dan skuad B-23, selain pemain-pemain warisan yang bakal menyarung jersi negara.

Selepas menunggu penuh debaran, penyokong kecewa tiada apa-apa berlaku dan merasa tertipu dan kena scam dengan TMJ.

Begitupun frfuturetalents, laman scouting yang mengumpulkan data pemain warisan untuk skuad negara, Revolusi Harimau Malaya bukan satu scam, dan meminta penyokong supaya bersabar menunggu pengumuman yang akan dibuat.

“Tak reti nak sabar. Macam mana la nak trust the process kalau macam ini caranya. Process bukannya sebulan dua, makan masa dua tiga tahun atau lebih. Sebab itu bolasepak Malaysia ini tak bertahan lama.

“Bukannya scam, TMJ dah pun cakap di media sosialnya sebelum ini. Anda lebih mengenalinya caranya bukan? Jadi bila-bilamasa saja dia akan buat pengumuman. Yang penting sabar tidak perlu terburu-buru. Jurulatih baru pun dah sampai Malaysia dah lama.

“TMJ penuh dengan kejutan, bersabar jer la, yang penting kerja jalan,” menurut frfuturetalents.

Dalam update terbaru, TMJ memaklumkan bahawa ketua jurulatih skuad senior dan B-23 kebangsaan akan diumumkan pada 16 Disember (Isnin), bersama-sama dengan pasukan perubatan dan teknologi yang akan memberikan impak kepada skuad kebangsaan.

“Selepas selesai ketua jurulatih, akan diumum CEO dan dan pengarah teknikal dalam masa terdekat. Ada meeting dengan wakil FIFA untuk dapatkan data pemain warisan Malaysia di luar negara,” ujar TMJ.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!