HomeSukanAlaves Tolak Tawaran €10 juta? Saya Tidak Tahu - Facundo Garces

Alaves Tolak Tawaran €10 juta? Saya Tidak Tahu – Facundo Garces

Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces menyatakan dia tidak tahu-menahu mengenai spekulasi perpindahan yang bermain di media sosial membabitkan dirinya.

Laporan media Sepanyol baru-baru ini menyebut bahawa sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah mengemukakan tawaran bernilai €10 juta (RM49 juta) untuk mendapatkan khidmat Garces.

Bagaimanapun, tawaran itu difahamkan telah ditolak oleh kelabnya Deportivo Alaves yang enggan melepaskan pemain itu hanya beberapa jam sebelum jendela perpindahan ditutup.

Menurut pemain berdarah kacukan berusia 26 tahun itu, dia tidak sedar perkembangan tersebut kerana segala urusan diserahkan kepada ejen.

“Sejujurnya saya tidak tahu (mengenai tawaran €10 juta oleh kelab EPL), saya tidak tahu apa-apa kerana ejen saya tidak beritahu saya. Fokus saya kini 100 peratus hanya kepada Alaves, kelab dan keluarga saya.

“Saya akan pulang semula untuk bertemu mereka dan terus membuat persiapan menghadapi musim yang sangat panjang,” katanya.

Garces membuat penampilan kedua dalam jersi Harimau Malaya, pada Khamis lalu ketika menewaskan Singapura 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dia bagaimanapun terus terbang pulang ke Sepanyol selepas perlawanan, bagi membantu persiapan Alaves yang akan berdepan Atletic Bilbao dalam La Liga.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Singapura, Garces tetap menyifatkan peluang beraksi bersama Harimau Malaya sebagai pengalaman yang memberi nilai besar.

“Saya gembira, tapi satu perlawanan sukar. Jadi ia satu ujian baik untuk kami. Penting untuk terus memperhalusi idea jurulatih,” katanya dengan senyuman.

Garces juga mengakui kemenangan ke atas Singapura bukan sekadar angka di papan skor, sebaliknya simbol kepada proses pembentukan mentaliti menang dalam skuad negara.

“Saya juga gembira kerana kita perlu membiasakan diri untuk menang dan ini adalah satu kemenangan hasil usaha keras. Kami dapat mengawal situasi dari awal hingga akhir perlawanan,” 

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!