HomePanoramaCara Media KDAFC Memalukan, Mengaibkan & Satu Penghinaan

Cara Media KDAFC Memalukan, Mengaibkan & Satu Penghinaan

Apa sudah jadi dengan team media Kedah Darul Aman FC (KDAFC)? Sudah hilang idea, hilang kreativiti dan hilang pedoman?

Persoalan ini dibangkitkan setelah KDAFC memuatnaik satu video (sudahpun dipadam selepas dikecam) di laman sosial mereka, menggunakan seorang influencer berwatak lembut bagi tujuan promosi kempen wanita dan kanak-kanak perempuan masuk percuma ke stadium.

Ia disifatkan sebagai memalukan, mengaibkan dan dilihat sebagai satu penghinaan kepada kaum wanita itu sendiri. Sekaligus bertentangan dengan pegangan agama, dan mencalarkan reputasi bukan sahaja pasukan itu, tetapi keseluruhan negeri Kedah yang sinonim dengan imej islamik.

Baca juga : Kenali Eda Ezrin, Artis Dikir Barat Popular Dari Kelantan

Malahan, video selama lebih kurang dua minit itu turut mendapat perhatian Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Kuala Kedah, Fadli Hussin.

“Kandungan video ini sangat tidak bersesuaian dengan penggunaan bahasa, gaya penyampaian atau bahan promosi yang kurang sopan, sensitif dan bertentangan dengan nilai budaya di Kedah serta penerimaan peminat bola sepak tempatan.

“Bola sepak adalah sukan sihat yang bermanfaat, jangan tunjukkan keburukan yang boleh menjadi ikutan masyarakat terutamanya kanak-kanak.

Tonton video di sini:

“Kita sebagai peminat setia bola sepak negeri Kedah mohon penjelasan daripada KDAFC tentang isu ini. Yang menjejaskan nama baik pasukan dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun video tersebut sudah dipadam, rata-rata penyokong jelas tidak dapat menerima hakikat KDAFC boleh tampil dengan idea sedemikian.

#KDAFC

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!