HomeSukan"Control Game Tapi Tak Menang Sangat Mengecewakan" - Arteta

“Control Game Tapi Tak Menang Sangat Mengecewakan” – Arteta

Boss Arsenal Mikel Arteta akui ia sangat mengecewakan untuk tidak menang di sebalik aksi dominan pasukannya di tempat lawan.

Jaringan minit akhir Bukayo Saka, tampak seperti sudah memastikan tiga mata milik Arsenal di Craven Cottage. Malangnya kegembiraan tidak bertahan lama, VAR masuk campur dan membatalkan jaringan tersebut, atas alasan Gabriel Martinelli yang melakukan assist berada dalam keadaan ofsaid.

Perlawanan tamat dengan keputusan Arsenal diikat 1-1 oleh Fulham. Keputusan yang sangat mengecewakan Mikel Arteta mengambil Arsenal mendominasi hampir sepenuhnya perlawanan tatkala Fulham mendapat satu gol dari satu percubaan.

Baca juga: Kisah Sebenar Bidaan £40 juta + £1 Arsenal Untuk Suarez

“Saya tidak pernah tengok pasukan lain bermain macam kami main apabila menentang Fulham di sini (Craven Cottage). Itu adalah realiti. Kami mahu control game dan menang, tetapi ia tidak berlaku hari ini.

“Sangat mengecewakan tidak berjaya meraih tiga mata. Dengan cara kita bermain dan mendominasi permainan dari awal hingga ke minit akhir, kita sepatutnya menang. Tetapi saya tidak mahu melihat ini sebagai kegagalan besar, kerana kita juga perlu beri kredit kepada kualiti lawan kita.

“Mereka ada kualiti, mereka mencipta satu peluang dan menjaringkannya. Dan kita pula terpaksa berusaha keras dalam banyak cara untuk mendapatkan sesuatu dan memastikan perlawanan berpihak kepada kita. Pada akhirnya kita jumpa cara untuk menjaringkan gol tetapi dibatalkan. Secara emosinya ia adalah sukar,” ujar Arteta kepada Arsenal.com.

Yakin dan Dominan di Sebalik Krisis Kecederaan

Arsenal terlebih dahulu ketinggalan menerusi Raul Jimenez di separuh masa pertama, sebelum mengikat kedukan 1-1 menerusi William Saliba – gol yang disahkan selepas debaran pemeriksaan VAR.

Arteta mengharapkan gol Saka juga akan dikira selepas penantian penuh debaran, tetapi sayang sekali ia tidak berlaku. Pengendali dari Sepanyol itu tidak tahu bagaimana mahu menterjemahkan perasaannya.

“Sekali lagi, dari cara kita bermain, dari apa yang pemain tunjukkan dan mahukan, dari cara kita menyesuaikan diri dengan krisis kecederaan di pertahanan, kita tidak memberikan alasan dan kita tampil yakin, tampil dominan.

“Ini adalah apa yang kita perlu terus lakukan dan perbaiki kerana ada sesetengah perkara kita boleh buat lebih baik untuk menjadi lebib efisien.

“Selepas ini, setiap tiga hari ada perlawanan menuju ke musim perayaan. Kita perlu lebih bersedia. Untuk bermain seperti kita bermain hari ini, saya perlu puji pemain saya, dan kita akan terus lakukan yang terbaik,” katanya.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!