HomeSukanWartawan Thai Dedah Punca Fergus Tierney Ditamatkan Kontrak

Wartawan Thai Dedah Punca Fergus Tierney Ditamatkan Kontrak

Fergus Tierney ditamatkan kontrak pinjamannya oleh Chonburi FC berkuatkuasa serta merta atas alasan tiada dalam perancangan.

Ketika Fergus Tierney membuka akaun jaringannya bersama Harimau Malaya dalam aksi menentang Kemboja di Piala ASEAN Mitsubishi Electric, ia diiringi dengan perkhabaran bahawa kontrak pinjamannya ditamatkan Chonburi FC serta-merta.

Sebab di sebalik Fergus Tierney ditamatkan kontrak oleh kelab Thai League 2 itu didedahkan oleh beberapa media Thailand.

Wartawan terkemuka negara itu, Jay Waropat, menulis ia berpunca daripada keputusan Fergus Tierney untuk mewakili Harimau Malaya di Piala ASEAN meskipun saingan liga tengah berjalan.

Baca juga: Sultan Selangor Tegur PDRM Lambat Selesai Kes Faisal Halim

“Ia bukan perlawanan pada hari FIFA, membolehkan kelab mencapai kesepakatan terbaik untuk membatalkan kontraknya. Dia perlu memahami kenapa kelab mengambil keputusan demikian, saingan Thai League 2 masih berjalan,” menurut posting dibuat Tallungballthai.

Sebagai rekod, sejak menyertai Chonburi secara pinjaman dari JDT pada Julai lalu, Fergus telah membuat 13 penampilan dan meraih 613 minit permainan. Dia menjaringkan satu gol dan mencetak satu assist dalam tempoh tersebut.

Buka Akaun Jaringan Bersama Harimau Malaya

Dengan Piala ASEAN berlangsung di luar kalendar FIFA, Pau Marti kehilangan ramai pemain utama yang tidak dilepaskan kelab. Justeru pemain berusia 21 tahun ini antara yang dipanggil memperkuatkan skuad senior.

Dalam aksi pembukaan menentang Kemboja, Fergus Tierney yang membuat penampilan ketiganya bersama skuad kebangsaan, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74 untuk perlawanan berkesudahan 2-2 di Phnom Penh.

”Kecewa kerana kita memang nak menang. Satu mata rasa macam kalah bagi saya, tetapi sekurangnya kita tidak kalah,” katanya selepas perlawanan.

Dia dijangka akan mendapat kepercayaan untuk diturunkan di dalam kesebelasan utama apabila Malaysia menentang Timor Leste dalam perlawanan kedua.

Foto kredit : Football Association of Malaysia

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!