HomeSukanDulu Hamidin Dah Cakap, Tapi Ramai Fikir FAM Tak Serius

Dulu Hamidin Dah Cakap, Tapi Ramai Fikir FAM Tak Serius

Penafian dibuat Josh Brownhill bahawa dia merupakan rakyat Malaysia, hadir sebagai tamparan buat penyokong bolasepak tanah air yang pada awalnya begitu yakin kapten Burnley itu semakin hampir menjadi milik Harimau Malaya.

Kenyataan Brownhill “saya tidak pasti dari mana spekulasi ini bermula” menyebabkan laman pencari bakat, frfuturetalents dikecam hebat dan didakwa memberikan maklumat palsu.

Sebagai makluman, laman tersebut bertanggungjawab memulakan khabar angin berkenaan Brownhill dan sebelum itu Mats Deijl, Ferdi Druijf mempunyai darah Malaysia.

Sehingga kini tiada satupun yang betul, hakikat yang perlu diterima penyokong, bukan senang untuk mendapatkan pemain warisan Gred A.

Ia sekaligus membuktikan benarlah kata-kata Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebelum ini, bahawa ramai pemain kacukan yang dicanang sesetengah pihak adalah palsu dengan mereka bukan rakyat Malaysia.

Pada sekitar bulan Februari lalu ketika Harimau Malaya masih dibimbing Kim Pan Gon, media ada mengajukan soalan mengenai benarkah FAM dalam usaha merekrut lebih ramai pemain warisan Gred A berdasarkan maklumat dikongsikan frfuturetalents.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, Hamidin berkata: “Mungkin sesetengah media atau blogger sahaja buat (spekulasi). Yang mengatakan FAM ada buat ini semua, sebenarnya tak ada pun kita buat pemantauan.

“Tetapi ada sesetengah portal cuba menggunakan nama FAM seolah-olah pasukan kita nakkan lagi pemain warisan, setakat ini tiada. Maklumat daripada pegawai saya maklumkan beberapa pemain itu tak boleh, mereka semua bukan orang Malaysia.

“Jadi banyak yang palsu, saya fikir tak perlu nak ambil kira benda itu. Saya nafikan perkara itu semua, kita pun tiada beria-ia sangat.

“Saya sudah tekankan kepada jurulatih dan barisan jurulatih skuad muda untuk menumpukan pemain tempatan bagi melahirkan lebih ramai pemain tempatan sebagai pemain kebangsaan di peringkat umur,” katanya ketika itu.

Ramai Pemain Dikaitkan

Ramai lagi pemain terutama yang beraksi di Eropah dikaitkan oleh frfuturetalents sebagai memiliki pertalian darah Malaysia selain mencanang bahawa mereka berpotensi untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan.

Ini termasuklah Zlan Flemming, Sem Scherperman, Diego Van Oorshot, Mats Deijl, Iggy Houben, Ethan Joseph Wheatly, Daniel Batty, Alfie James Chang, Jason van Duiven, Robin van Duiven dan Marcus Tavernier.

Baru-baru ini TMJ sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa usaha memburu lebih ramai pemain warisan akan diteruskan tetapi bukan dengan kerjasama mana-mana pihak yang tidak diketahui kesahihan maklumat mereka.

“Yang ada ada tu apabila ditanya, ada yang tak tahu pun Malaysia dekat mana.

“Exact words was “I’m not Malaysian, and where is Malaysia anyways.” (ayat sebenar kami bukan Malaysia, dan di mana kedudukan Malaysia?)

“Kami dah buat research (selidik) dan approach (berhubung dengan mereka). Tetapi, scouting (pihak pencari bakat) akan tetap diteruskan dengan lebih luas lagi,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial X.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!