HomeRencanaG.Pavithran Tembus Ke Skuad AFF, Kebanggaan Akademi JDT

G.Pavithran Tembus Ke Skuad AFF, Kebanggaan Akademi JDT

Bintang G.Pavithran terus bersinar apabila disenaraikan ketua jurulatih skuad kebangsaan Pau Marti dalam skuad 26 pemain bagi menghadapi saingan Piala ASEAN (AFF) 2024 bulan depan.

Sensasi demi sensasi dicipta. Produk Akademi JDT itu merupakan satu daripada tiga pemain berusia 19 tahun disenaraikan Pau Marti, selain Muhammad Abu Khalil dan Aiman Hakimi.

Baru sahaja pada 20 November lalu, G.Pavithran, pemain sayap lincah yang dilabel hot prospect bolasepak tanah air membuat debut bersama skuad senior JDT ketika aksi Piala Malaysia menentang KL Rovers.

Sebelum itu dia membantu skuad JDT III menjuarai Piala Presiden buat kali ketiga berturut-turut dengan menundukkan Selangor.

G.Pavithran juga merupakan salah seorang pemain paling menyerlah ketika skuad muda negara menduduki tempat keempat di Piala AFF B-19 pada Julai lalu.

Bersama-sama G.Pavithran, dua lagi produk Akademi JDT tersenarai adalah Najmudin Akmal dan Daryl Syam.

Sementara itu, Pau Marti terpaksa mengetepikan ramai tonggak utama termasuklah semua pemain JDT; Akhyar Rashid, Safawi Rashid (Terengganu); serta Nooa Laine dan Harith Haiqal (Selangor) berikutan Piala AFF diadakan di luar kalendar FIFA.

Senarai 26 pemain:

“Ini merupakan pilihan pasukan terbaik yang dapat dikumpulkan memandangkan saingan berlangsung di luar kalendar FIFA. Dalam tempoh ini juga, Liga Malaysia akan diteruskan seperti yang dijadualkan, sekaligus menambah kerumitan untuk mendapatkan pemain.

“Kejohanan ini memberi peluang yang baik untuk meluaskan kumpulan pemain yang layak menyertai skuad Harimau Malaya. Terutamanya dengan tujuan ke arah penglibatan mereka di pentas antarabangsa pada masa akan datang, termasuk Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac tahun depan.

“FAM merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kelab-kelab yang terlibat atas kerjasama dan sokongan mereka dalam melepaskan pemain-pemain yang dipilih.

“Bagaimanapun, senarai 26 pemain ini masih boleh diubah sebelum pendaftaran akhir 26 pemain untuk kejohanan ini yang perlu dimuktamadkan pada 7 Disember 2024, iaitu sehari sebelum perlawanan pertama,” menurut kenyataan FAM.

Malaysia akan berentap bersama Thailand, Singapura, Kemboja dan Timor Leste dalam edisi Piala Asean kali ini.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!