HomeSukanHari Malang Juan Muniz: Disiku, Patah Gigi, Kena Kad Kuning

Hari Malang Juan Muniz: Disiku, Patah Gigi, Kena Kad Kuning

Hari malang buat Juan Muniz, patah gigi akibat disiku pemain Buriram sekaligus menyebabkannya bermain dalam kesakitan.

Perlawanan ACLE menentang Buriram United, jelas satu perlawanan yang mahu dilupakan oleh pemain tengah JDT, Juan Muniz. Disiku, patah gigi dan dilayangkan kad kuning; melengkapkan hari malang pemain dari Sepanyol itu.

Aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu berkesudahan seri tanpa jaringan, dengan JDT turut kehilangan dua pemain; Murilo Henrique dan Park Jun Heong yang dilayangkan kad merah.

Baca juga: Obregon Dikecam, JDT Dikatakan Kena Scam

Mengakui bermain dalam kesakitan akibat patah gigi setelah disiku pemain Buriram, Muniz juga terkejut dan tidak faham dengan keputusan pengadil melayangkan kad kuning kepadanya tanpa sebarang amaran.

Ini sekaligus menyaksikannya akan terlepas perlawanan seterusnya di ACLE, JDT menentang Central Coast Mariners pada 11 Februari 2025.

“Kad merah mengubah segalanya tetapi kami berjaya mengimbangi semula permainan pada babak kedua permainan. Kami mempunyai peluang untuk mencipta jaringan cuma nasib tidak menyebelahi kami, apa pun satu mata yang diraih sudah memadai.

“Ada baki dua perlawanan lagi dan perlawanan di Australia nanti amat penting bagi kami dan harus meraih tiga mata di sana dan jika perancangan berjalan lancar kami semakin hampir untuk layak ke peringkat seterusnya dan itu adalah sasaran kami,” katanya.

Perlawanan menentang Buriram itu turut mendapat perhatian Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang mengakui JDT bernasib baik untuk tidak tewas.

“Bad luck, ball watching, stupid mistake, 1 point. Nasib baik tak kalah. Apa-apapun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya, dan saya pun sudah kenalpasti apa perlu saya, jurulatih dan kelab buat untuk improve pasukan. Terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua, saya amat menghargainya. Selamanya JDT,” ujar Tunku Ismail.

Bidoglio tetap positif

Ketua jurulatih, Hector Bidoglio bagaimanapun tetap positif dan tidak cemas memikirkan peluang pasukannya.

“Saya sasarkan tiga mata, dan kesemua pemain beraksi dengan baik, tetapi kita gagal memenangi perlawanan. Memang terasa apabila kehilangan tiga pemain untuk aksi seterusnya, tetapi kami ada skuad yang besar dan setiap pemain tahu apa yang perlu dilakukan,” ujarnya selepas perlawanan.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!