HomePanoramaKisah Satu Malaysia Diperbodohkan Ija Si Pempengaruh Permotoran

Kisah Satu Malaysia Diperbodohkan Ija Si Pempengaruh Permotoran

Minggu ini, kecoh satu Malaysia dengan kejadian diperbodohkan oleh seorang individu yang digelar influencer permotoran, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin (Ija) dan adiknya Tengku Abdul Aziz.

Ija pada mulanya disangka hilang atau lemas di dalam sungai berikutan penemuan kereta Axia yang dipandunya di dalam Sungai Tui, tetapi sudahnya, dia sengaja menenggelamkan kereta isterinya dan melarikan diri ke Thailand atas urusan peribadi.

Berikut fakta kejadian yang diringkaskan:

13 Julai lalu, tular kehilangan seorang pempengaruh semasa dalam perjalanan ke bengkel kereta. Ahli keluarga, kawan-kawan, malah orang ramai mencari dan mendoakan keselamatan Ija manakala adiknya pula membuat laporan polis selepas dia tidak dapat dihubungi.

Kemudian, kereta Axia isterinya yang dia pandu masa kejadian dijumpai terjunam di dalam Sungai Tui di Jalan Bukit Kepong. Bagaimanapun hanya kereta ditemui, Ija tiada di dalamnya.

Sejak itu, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan dan dipergiatkan, Polis, Jabatan Bomba, malah orang ramai terlibat dengan radius pencarian diperluas hingga 10 kilometer dari lokasi kejadian.

“Siang malam orang mencari. Bomba sampai datang team penyelam, menyelam waktu malam kerana sangka mangsa masih dalam sungai. Bot peronda turun turun mencari ke hulu dan hilir sungai. Di daratan, penuh orang kampung, bomba dan polis mencari.

“Ramai pihak buat solat hajat. Ada yang cari ustaz dan bomoh untuk membantu mencari guna kaedah batin. Selepas 3 hari buat operasi mencari, pihak berkuasa berhenti. Mereka dapat hidu sesuatu yang tak elok. Mereka rasa ia adalah penipuan yang dirancang. Anehnya, ahli keluarga mangsa tiada bantahan pun bila pihak berkuasa berhenti mencari.

“Semalam (19 Julai) baru terdedah kisah sebenar. Ia adalah satu report palsu. Ija ke Thailand untuk urusan peribadi. Ada netizen bagitahu, dia pergi kahwin baru. Adoi, kau tenggelamkan kereta isteri pertama untuk tutup jejak kau ke Thai kahwin lain ke bro? Seriuslah kau?,” menurut Cikgu Fadli Salleh, influencer pendidikan terkenal.

Tambah beliau lagi, “Berapa kos kerajaan keluarkan untuk misi SAR ini. Siang malam tu kot. Aset dan jentera kerajaan dikerah. Anggota dan pegawai pakat fokus mencari hingga tinggal kes lain. Berapa banyak pihak buat solat hajat dan seumpamanya.

“Sekali kau tipu hidup-hidup gitu ja. Serius aku tak sangka, ada orang boleh melakukan penipuan yang memberi impak besar pada ramai orang, jabatan kerajaan dan seumpamanya. Dasar menyusahkan orang.”

Sementara itu, siasatan polis mendedahkan bahawa sehari selepas dilaporkan hilang, semua duit dalam akaun bank Ija telah dikeluarkan melalui ATM.

Dlaam kenyataan media yang disiarkan, PDRM memaklumkan kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.

“Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan membuat laporan palsu adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan sumber dan keutamaan tugasan pihak berkuasa.”

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!