HomeSukanKepakaran Rob Friend Lebih Sesuai Jika Dimanfaatkan MFL

Kepakaran Rob Friend Lebih Sesuai Jika Dimanfaatkan MFL

Kepakaran CEO Harimau Malaya, Rob Friend lebih sesuai jika dimanfaatkan oleh Malaysian Football League (MFL). Ini kerana pengalaman luas dan pelbagai ‘milestone’ dikecap Friend sejak menggantung but adalah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bolasepak.

Justeru itu, dia pastinya orang yang tepat untuk masuk ke dalam MFL dan menyelesaikan pelbagai kemelut melanda liga domestik.

Demikian pendapat pemerhati bolasepak tempatan, Dr Nasnoor Juzaili Mohd Nasiruddin dalam laporan disiarkan Arena Metro.

“Kalau kita lihat profil Friend, saya berpandangan beliau lebih sesuai berada di MFL dalam memastikan perjalanan Liga M lebih baik daripada sekarang.

“Nampak jelas pengalaman beliau cukup hebat khususnya dalam menubuhkan liga bola sepak di Kanada dan nilai komersial liga di negara itu meningkat,” katanya.

Untuk rekod, Rob Friend membina portfolio yang begitu luar biasa hebat selepas bersara sebagai pemain bolasepak di mana dia merupakan pengasas bersama Pasific FC dan Vancouver FC; mengasaskan Toca Football Canada dan turut menjadi pengasas bersama Canadian Premier League (CPL).

Dia berjaya meningkatkan nilai CPL dari AS$0 sehingga AS$300 juta (kira-kira RM1.3 bilion) dalam tempoh enam tahun.

Baca Juga: JDT Sedia Ambil Rob Friend Jika FAM Tidak Mahu

Selain itu, Friend juga merupakan rakan kongsi pengurusan di DRG Investment Group dan SixFive Sports Fund; badan pelaburan dalam bola sepak profesional dan infrastruktur melalui pemilikan kelab, stadium dan pembangunan kemudahan latihan.

Dengan Liga Malaysia dilihat cukup caca marba berikutan masalah kewangan kritikal hampir kesemua kelab yang membawa kepada tunggakan gaji; masalah penjadualan yang tidak langsung efisien; serta kesukaran untuk pasukan-pasukan bertanding menarik penaja, seorang individu seperti Friend adalah apa yang diperlukan oleh MFL.

“FAM mungkin ada perancangan tersendiri mengapa melantik Friend untuk skuad negara. Mungkin kehadirannya akan membolehkan pasukan negara menjana pendapatan sendiri yang boleh digunakan untuk skuad kebangsaan nanti,” kata Nasnoor lagi.

Datang Ke Malaysia Kerana TMJ

Dalam pada itu, Friend yang sudahpun melapor diri di FAM, dalam temuramah pertamanya menyatakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah punca kenapa dia datang ke Malaysia.

“Saya begitu sukakan visi badan induk ini dan TMJ, sebab itulah saya berada di sini. Baginda adalah individu yang mempunyai visi paling tinggi. Sudah tentu baginda ada bercakap entang projeknya. Sayua mempunyai peluang untuk bekerja dalam bola sepak.

“Ini salah satu projek paling menarik dalam bola sepak secara global. Mengapa? Ia disebabkan TMJ, dia adalah seorang ketua dan pencetus revolusi, sebab itulah saya berada di sini,” ujarnya.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!