21 tahun yang lalu, Villareal memperkenalkan pemain baru mereka, Juan Roman Riquelme di El Madrigal.
Pada tahun pertamanya, dia memacu kelab itu untuk berada dalam kelompok empat terbaik liga seterusnya memenangi tempat di dalam UEFA Cup (kini Europa League), selain menjulang Piala Intertoto.
Dengan kehadiran Diego Forlan, serangan Villareal semakin mengancam, dan Riquelme mencipta gandingan cukup sensasi bersamanya.
Ketika saingan La Liga musim 2005/06, Riquelme terlibat secara langsung dalam 24 gol (15 gol dan 9 assist) dalam 35 perlawanan, membantu Villareal mencipta sejarah mengakhiri musim di tempat ketiga di belakang Barcelona dan Real Madrid.
Baca juga: Didier Deschamps Diberi Kata Dua
Lebih menjadi tumpuan, pada musim sama dia turut membawa pasukan itu ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali.
Malangnya impian pasukan itu meneruskan kemaraan ke final berkecai kerana kegagalan menyudahkan penalti, oleh Riquelme sendiri.
Ketika ini, Riquelme berada dalam senarai keenam penjaring terbanyak sepanjang zaman Villareal dengan 45 gol dan menerajui carta assist dengan 59 assist.
Menurut kajian oleh Diario Marca pada 2017, bekas bintang Argentina ini telah diundi sebagai pemain terbaik dalam sejarah 98 tahun kelab yang digelar Yellow Submarine itu.
Rujukan : Villareal’s mercurial talent
Mencipta sejarah tidak memerlukan anda berada di sebuah kelab besar, hanya memerlukan mentaliti besar, sepertimana Riquelme.