Comali, sebuah filem tamil tahun 2019 lakonan hebat Jayam Ravi, dibantu Kajal Agarwal dan Yogi Babu.
Filem tentang seorang lelaki yang koma selama 16 tahun sejak tahun 2000 dan sejurus sedar, bergelut untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan peredaran masa.
Bermula sebagai sebuah filem bergenre komedi, Comali adalah sebuah filem yang menjentik emosi dan perasaan, serta meninggalkan mesej, pengajaran dan kesan yang cukup mendalam.
- Kita sudah lupa cara berkomunikasi dengan manusia secara berdepan, kerana setiap hari berkomunikasi dengan facebook, whatsapp, dan medium lain.
- Ucap birthday Mak pun ucap di facebook, padahal mak bukan ada facebook. Minta orang mendoakan mak, tapi diri sendiri tak bercakap pun dengan mak, hanya hantar wish happy birthday melalui whatsapp. Boleh chat dan berbual dengan orang yang tak dikenali di facebook selama berjam-jam sampai kena scam, tetapi mak call nak cakap lima minit tak ada masa.
- Teknologi itu bermanfaat bila diguna cara betul, memudaratkan bila kita terlalu obses.
- Terlalu obses dengan 4,000 kawan facebook tapi bila sakit atau susah yang datang membantu bukan kawan maya, tapi mereka yang kita kenali dalam dunia realiti.
- Peredaran masa telah merubah banyak perkara, tetapi ia tidak sesekali merubah nilai emosi, kasih sayang dan perikemanusiaan dalam diri seseorang.
Antara filem yang wajib berada dalam senarai watchlist anda!