HomeRencanaReal Madrid: Sikap Buruk Yang Tidak Harus Dicontohi

Real Madrid: Sikap Buruk Yang Tidak Harus Dicontohi

Sudah tahu tak menang hadiah utama, keseluruhan skuad Real Madrid memboikot Majlis Ballon d’Or yang berlangsung awal pagi Selasa.

Sikap yang boleh dicontohi? Sama sekali tidak!

Sepatutnya Real Madrid sedar dan bermuhasabah diri, belum ada pemain mereka sama ada ianya Vinicius Jr, Jude Bellingham, Kylian Mbappe mahupun Tony Kroos yang benar-benar layak untuk dinobatkan Pemain Terbaik Dunia.

Begitupun, di sebalik kegagalan merangkul anugerah Ballon d’Or, barisan bintang Real Madrid tetaplah menerima pengiktirafan sebagai pasukan lelaki terbaik dunia 2024 manakala Carlo Ancelotti pula pengurus terbaik dunia.

Itu menunjukkan pencapaian kelab gergasi La Liga itu secara berpasukan tetap dipandang tinggi dan dihargai.

Tetapi malangnya tiada seorang pun wakil mereka hadir di Theatre du Chatelet Paris sekaligus menunjukkan betapa mereka tidak menghormati majlis ini dan seolah menghina prestij Ballon d’Or.

Rodri, pemain Sepanyol ketiga julang Ballon d’Or

Rodri ternyata calon tepat dan sempurna untuk menjulang Ballon d’Or kali ini.

Pencapaiannya menceritakan segalanya – menjadi nadi penting Manchester City menjulang trofi Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut; tonggak utama Sepanyol menjulang Euro 2024 di mana dia dinobatkan Pemain Terbaik Kejohanan.

Rodri adalah watak instrumental bersama kelab mahupun negara. Statistik oleh OptaStats menyatakan nisbah kekalahan City adalah sangat tinggi apabila Rodri tidak bermain.

Kejayaan Rodri pada Selasa menyaksikan dia hanyalah pemain Sepanyol ketiga untuk menjulang Ballon d’Or selepas Alfredo di Stefano dan Luis Suarez; serta pemain dari EPL kedua melakukannya selepas Cristiano Ronaldo.

Kredit gambar: Real Madrid CF Official

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!