HomeSukanSneijder Tak Setuju Freekick Rice Ada Magik, Anggap Ia Biasa Sahaja

Sneijder Tak Setuju Freekick Rice Ada Magik, Anggap Ia Biasa Sahaja

Bekas pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder enggan mengiktiraf dua sepakan percuma Declan Rice ketika menewaskan Real Madrid sebagai berkelas dunia. Dia menyifatkan gol itu terhasil kerana kesilapan oleh penjaga gol Thibaut Courtois.

Setelah terikat tanpa jaringan di babak pertama, Rice membuka jaringan untuk Arsenal pada minit ke-58 menerusi tendangan percuma kaki kanan yang melencong cantik melepasi benteng Real Madrid untuk menewaskan Courtois.

Rice menggandakan kelebihan buat skuad Mikel Arteta menerusi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-70, kali ini dari tendangannya dari jarak 25 meter mengegar bucu atas (topbin) gawang.

Penyudah sempurna Mikel Merino melengkapkan kemenangan 3-0 buat the Gunners dan memberi kelebihan selesa buat mereka menjelang aksi timbal balik pada minggu depan.

Dengan penyokong bolasepak seluruh dunia, termasuklah Arteta sendiri melabel dua sepakan percuma Rice itu sebagai momen magik dan menakjubkan – lain pula pendapat Sneijder yang tidak langsung teruja dan menyalahkan Courtois sebagai punca.

“Maaf cakap, untuk gol yang pertama, posisi benteng adalah tidak betul. Courtois menyangka Bukayo Saka yang akan mengambil sepakan itu, Saka kaki kidal jadi Courtois mengarahkan benteng gerak lebih ke kanan supaya dia boleh jaga belah kiri.

“Tanggapan bahawa seorang pemain kaki kanan tak mungkin boleh membuat rembatan melencong melepasi benteng dari sudut itu adalah salah dan tak sepatutnya berlaku.

“Ia mungkin kelihatan susah, tetapi bagi pemain kaki kanan, lebih-lebih lagi jenis kaki shooting, mudah jer nak buat sepakan lencong seperti itu. Jadi ia hanyalah gol biasa-biasa,” kata Sneijder ketika menjadi pundit di Ziggo Sport.

Bagi gol kedua pula, ketika Marco van Basten menyatakan “Fuhh menakjubkan, jarang boleh tengok free-kick padu macam ini”, Sneijder jelas sekali lagi tidak bersetuju.

“Yang kedua ni, lebih jauh jaraknya. Jika anda menonton ulangan, anda boleh tengok Courtois sudah gerak sikit ke kanan. Disebabkan itu dia tidak tahu ke mana bola akan ditujukan, dia seperti masih terbayang situasi sama seperti gol pertama. Dah buat silap, memang habis lah, bye. Jika dia berdiri di posisi dia dan percayakan benteng, dia boleh menyelamatkan bola itu,” kata Sneijder.

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!