Permohonan fasa pertama Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) kini dibuka sehingga 30 November 2024. Artikel ini memberikan panduan lengkap kepada mereka yang ingin memohon buat pertama kali.
Selain STR 2025, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Bantuan Persekolahan sebagai inisiatif bantuan kewangan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi peningkatan kos sara hidup.
STR 2025 adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Baca juga: Operasi UPNM Dicadang Agar Digantung
Jom ketahui cara-cara untuk memohon STR 2025, syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan, serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan permohonan anda berjaya.
Kategori Kelayakan Permohonan
Untuk layak menerima STR 2025, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Berikut adalah kategori pemohon yang layak:
1. Isi Rumah
- Pasangan yang berkahwin;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan menepati syarat;
- Pendapatan bulanan mestilah tidak melebihi RM5,000.
2. Warga Emas Tanpa Pasangan
- Individu berumur 60 tahun ke atas yang tiada pasangan;
- Pendapatan bulanan juga tidak boleh melebihi RM5,000.
3. Individu Bujang
- Berumur antara 21 hingga 59 tahun dan tiada pasangan;
- Bercerai dan tiada anak juga termasuk dalam kategori ini;
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), had umur minimum adalah 19 tahun;
- Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa;
- Pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.
Nota: Sekiranya individu bujang termasuk OKU bujang merupakan pelajar sepenuh masa, mereka tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang, sebaliknya nama boleh dimasukkan sebagai tanggungan di bawah kategori isi rumah.
Jumlah Bantuan STR 2025 (Mengikut Kategori)
Jumlah bantuan yang akan diterima bergantung kepada pendapatan bulanan dan kategori tanggungan anak. Berikut adalah butiran pembayaran STR 2025:
- Isi Rumah dengan Pendapatan Kurang Daripada RM2,500
- Anak lebih 5 orang: RM2,500
- Anak 3 – 4 orang: RM1,500
- Anak 1 – 2 orang: RM1,000
- Tanpa anak: RM1,000
- Isi Rumah dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Anak lebih 5 orang: RM1,250
- Anak 3 – 4 orang: RM1,000
- Anak 1 – 2 orang: RM750
- Tanpa anak: RM500
- Warga Emas Tanpa Pasangan
- Pendapatan kurang RM5,000: RM600
- Individu Bujang
- Pendapatan kurang RM2,500: RM600
- Sementara itu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.
Dokumen Diperlukan Untuk Permohonan STR
Sebelum membuat permohonan, terdapat beberapa dokumen yang perlu disediakan bergantung kepada kategori pemohon:
Bagi Pemohon Tunggal
- Salinan sijil perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); atau
- Salinan sijil kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
- Sijil perceraian (salinan asal dan salinan yang disahkan) dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/JPN; atau
- Salinan Surat Perintah Nisi/Nisi Penamatan yang dikeluarkan oleh Mahkamah; atau
- Salinan kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 hingga 20 tahun pada tahun 2025.
Bagi Pasangan
- Salinan Pasport, Visa, UNHCR, atau pas sempadan.
Bagi Kanak-kanak
- Salinan MyKad/MyKid.
- Salinan Sijil Kelahiran atau Sijil Pendaftaran Anak Angkat.
Cara-Cara Permohonan STR 2025
Permohonan STR boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi STR. Berikut adalah panduan cara-cara membuat permohonan:
- Langkah 1: Layari portal rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Langkah 2: Daftar akaun baharu dengan klik pada “Permohonan Baharu STR” dan isikan maklumat yang diminta.
- Langkah 3: Muat naik dokumen seperti yang telah dinyatakan.
- Langkah 4: Setelah semua maklumat diisi dan dokumen dimuat naik, hantar permohonan anda.
Setelah permohonan dihantar, anda boleh menyemak statusnya secara atas talian atau menghubungi talian hotline yang disediakan.
Penghantaran Manual Permohonan STR
Jika anda memilih untuk memohon secara manual, anda boleh mengisi borang permohonan STR (BK-01) yang boleh diperoleh dari portal STR rasmi, pejabat LHDN, pejabat satelit LHDN, atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Pastikan anda membawa salinan dokumen yang diperlukan dan hantarkan borang yang telah dilengkapkan di mana-mana pejabat LHDN.
Muat Turun Borang STR (BK-01) disini: BK-01 (Borang Permohonan STR 2025).pdf
Tarikh Akhir Permohonan
Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024. Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Cara Semakan Status Permohonan STR 2025
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui beberapa cara berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran
Semakan status STR 2025 secara online boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Anda boleh rujuk panduan semakan STR 2025 seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran (jika layak)
- Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Kaedah Pembayaran
Bagi pemohon yang layak, bantuan akan disalurkan secara berperingkat. Pembayaran akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pemohon atau boleh diambil secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank.
Bagi mereka yang pernah menerima bantuan STR pada tahun 2024, anda tidak perlu membuat permohonan baru, tetapi dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat jika terdapat sebarang perubahan.
Maklumat Lanjut
Bagi mereka yang pernah menerima STR pada tahun 2024, anda tidak perlu memohon semula. Namun, adalah penting untuk memastikan maklumat anda sentiasa terkini. Jika terdapat sebarang perubahan dalam maklumat peribadi, pastikan untuk mengemas kini permohonan anda. Sekiranya anda tidak dapat menemukan permohonan di portal, sila buat permohonan baru.
Untuk maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah, anda boleh layari saluran berikut:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/