TERKINI DI OTAI STATION!

No posts to display

SUKAN

Dollah Salleh Susah Hati Kenang Kisah Harimau Malaya Kena 10-0

"Sebenarnya perlawanan itu, saya rasa macam kita bukan sahaja jatuh ditimpa tangga, malah seperti jatuh ditimpa balak," demikian kata Dato' Dollah Salleh, mengenai skuad...

NOSTALGIA

Disangka Sign Mesin-Gol, Kelab Tertipu Dengan Statistik Wikipedia

Kisah kelab-kelab bolasepak tertipu dengan resume mantap yang tiada cacat cela, ataupun video-video di youtube ketika mendapatkan pemain, bukanlah cerita baru. Ia boleh berlaku...

Stay Connected

16,985FansLike
2,458FollowersFollow
61,453SubscribersSubscribe

RENCANA

PANORAMA

MESTI BACA

HomeSukanTertipu Dengan Janji, Hidup Menjadi Sangat Sukar Buat Hazwan

Tertipu Dengan Janji, Hidup Menjadi Sangat Sukar Buat Hazwan

Dari berpendapatan RM7,500 sebulan atas kapasiti sebagai penganalisis bersama pasukan Kedah Darul Aman FC, kini hanya menjana RM50 sehari. Itulah nasib dialami Hazwan Nizam Fazil.

Dahulunya Hazwan adalah penganalisis prestasi yang menjadi dambaan dalam arena sukan tanah air, tetapi dia tak pernah menyangka nasibnya akan berakhir dalam keadaan yang menyedihkan seperti ini.

Hazwan membina kerjaya sebagai penganalisis prestasi dengan beberapa pasukan terkemuka dalam negara, termasuk Perak FC, pasukan ragbi kebangsaan dan skuad sepak takraw kebangsaan – kepakarannya adalah dalam analisis prestasi berasaskan data.

Pada hari ini, dia ibarat mengemis untuk mendapatkan hak sendiri, dan tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa dengan KDAFC.

“Saya tak pernah menerima gaji penuh untuk sebulan sepanjang tahun 2024. Mereka hanya bayar 30 peratus atau 50 peratus, bergantung pada skala gaji kami. Bagi saya, sudah hampir lapan bulan tanpa gaji yang sepatutnya diterima,” katanya.

Dunia Hazwan menjadi lebih kelam apabila bapanya, seorang bekas pegawai polis dan pesakit kanser tahap empat, menjalani pembedahan jantung terbuka pada bulan November.

Menurutnya, KDAFC memberi jaminan akan membantu dari segi kewangan, tetapi malangnya tiada apa-apa yang berlaku.

“Mereka kata saya boleh pulang untuk jaga ayah, dan saya mempercayai mereka. Mereka janji akan membayar dahulu gaji tiga bulan, tapi sampai sekarang, satu sen pun saya tak terima,” katanya lagi.

Pembedahan dan kos rawatan selepas pembedahan menelan belanja lebih RM100,000, jumlah yang mustahil baginya untuk tanggung.

Walaupun sedikit bernasib baik kerana bapanya menerima sokongan kewangan daripada pasukan polis, tetapi Hazwan sudahpun terpaksa menjual dan menggadaikan barang berharga milik keluarga.

Hazwan menyatakan, dia terpaksa meletak jawatan selepas ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain, meletak jawatan pada penghujung November.

Tanpa gaji, bil-bil tertunggak juga mula menimbun – sewa rumah, pinjaman kereta. Dia turut mendakwa Kedah tidak pernah membuat pembayaran kepada Socso, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan cukai pendapatan.

Demi meneruskan kehidupan, dia beralih kepada kelas kejurulatihan di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara untuk mencari pendapatan, tetapi kestabilan kewangan masih jauh dari jangkauan.

“Ada hari, saya hanya dapat RM40 atau RM50. Kalau saya berjaya adakan seminar, saya boleh dapat RM1,000, tapi itu bukan setiap hari. Macam mana kita boleh pergi dari RM7,500 sebulan ke tahap kais pagi makan pagi?” tanyanya.

Tambahnya lagi, “Kalau mereka selesaikan kontrak saya dan bayar apa yang mereka hutang, saya boleh teruskan hidup. Tapi sekarang, mereka masih berhutang gaji tujuh bulan pada saya, sebanyak RM7,500 sebulan.

“Saya sudah beri segala-galanya untuk sukan ini. Tapi bila saya perlukan bantuan, di mana kelab ini?”

Rujukan: A Malaysian Sport Analyst Has Fallen On Hard Times

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!