HomeSukanTMJ : "Simple Je Nak Uruskan Kelab Bolasepak"

TMJ : “Simple Je Nak Uruskan Kelab Bolasepak”

Pemilik Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkongsi tips mudah untuk menguruskan kelab bolasepak.

“Simple nak manage club, ada 10 ringgit, belanja 7 ringgit, perbaiki infrastruktur sikit. Ada target realistik. Ini tidak, semua janji menang piala nak jadi populis.

“Ada 10 ringgit, belanja 15 ringgit. Lepas tu apabila gagal bayar gaji, daripada pihak pengurusan hingga ke penyokong semua salahkan badan induk FAM, MFL dan pasukan yang juara JDT. Semua orang salah, kecuali diri sendiri”, ujar TMJ.

Sebagai rekod, hampir separuh pasukan Liga Super dikatakan mengalami masalah kewangan dan ia seolah tidak ada jalan penyelesaian.

Pasukan yang sudahpun hilang dari radar Liga Malaysia kerana kegagalan menguruskan kewangan termasuklah Perlis, Melaka, Sarawak dan Kelantan.

Ini menyebabkan ramai melabel bolasepak Malaysia gagal total namun TMJ tidak bersetuju dengan pandangan sedemikian.

Fakta Menyokong Kata-Kata TMJ

Menurutnya bolasepak tidak gagal, yang gagal adalah individu di dalam industri ini berdasarkan beberapa fakta iaitu:

  • JDT telah berkembang menjadi pasukan nombor 1 di Asia Tenggara dan keenam di Asia berdasarkan Opta Power Rankings.
  • Malaysia juga telah layak ke Piala Asia untuk pertama kali sejak 40 tahun.
  • Prestasi JDT di Asia telah menyumbang 21.54 (68.7%) daripada 31.33 mata ranking MA Malaysia sejak 2015 hingga membenarkan lebih banyak kelab-kelab Malaysia menyertai pertandingan Asia.
  • JDT juga muncul satu-satunya kelab Asia Tenggara yang memenangi Piala AFC (2015).
  • JDT juga antara kelab yang mempunyai fasiliti terbaik – termasuk perubatan – di Asia yang menepati kehendak bola sepak moden.

“Ini antara pencapaian hebat yang pernah dicapai oleh mana-mana pasukan dalam Malaysia atau dalam industri bola sepak tempatan,” tegas TMJ.

Tambahnya lagi, “Jadi bagaimana bola sepak Malaysia dikira gagal apabila ada satu pasukan mampu berjaya di Asia? Disebabkan gaji tertunggak, kekurangan infrastruktur bola sepak, kekurangan pembangunan akar umbi di peringkat kelab atau pengurusan yang tidak baik?

“Ini semua disebabkan adanya ramai individu yang tidak berkelayakan berada dalam industri sukan.

“Bolasepak tidak gagal, ianya adalah individu-individu dalam pasukan-pasukan yang gagal mengurus dan meningkatkan standard pasukan. Kemudian terdapat pihak yang sentiasa menyokong dan bukannya memberikan tekanan terhadap kegagalan itu.”

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Content is protected !!